SOLIDARITI BUAT ETNIK ROHINGYA DEMI KEAMANAN SEJAGAT - Mas Ermieyati Samsudin



1) Dunia sekali lagi dikejutkan dengan isu penganiayaan terhadap etnik Rohingya, ia bukanlah isu baru bahkan polemik ini telah lama bertali arus menerpa ke telinga kita tanpa ada pengakhirannya. Jenayah yang mereka lakukan semakin hari semakin serius dek kerana "nyawa membunuh nyawa."

2) Pengumuman oleh YAB Perdana Menteri semalam benar-benar menzahirkan kepedulian Kerajaan Malaysia untuk sama membantu serta melaksanakan Misi Kemanusiaan Untuk Rohingya kepada pelarian yang berlindung di sempadan Myanmar-Bangladesh.

3) Pelaksanaan misi yang turut mendapat kerjasama kerajaan Bangladesh ini adalah hasil hubungan baik dan kesepakatan YAB Perdana Menteri bersama seluruh rakyat Malaysia dalam menzahirkan bantahan keras terhadap kerajaan Myanmar yang terus-menerus melakukan penindasan dan menafikan hak kewarganegaraan etnik Rohingya.

4) Dengan bermulanya misi ini, saya yakin Angkatan Tentera Malaysia bersama sukarelawan iM4U serta pelbagai pertubuhan lain akan dapat menyalurkan bantuan sewajarnya kepada pelarian etnik Rohingya yang terkandas di sempadan. 

5) Misi kemanusiaan ini juga adalah representasi yang jelas kepada kerajaan Myanmar untuk menuntut penyelesaian segera terhadap krisis yang berlaku berlandaskan prinsip perlindungan hak asasi manusia dalam Piagam ASEAN. 

6) Semalam Saudari Hazrene Begum telah mewakili Pergerakan Puteri UMNO Malaysia  bergabung tenaga dan bergerak bersama Sinar Harian, Astro Awani dan NGO-NGO yang lain di bawah wadah #Sinar4Rohingya - Solidariti Untuk Kemanusiaan bagi membantu mengumpulkan dana masyarakat Islam yang tertindas ini. 

7) Saya berharap agar seluruh rakyat Malaysia berpadu tenaga menentang penganiayaan ini dan terus mendoakan keselamatan etnik Rohingya yang tertindas di Rakhine. Semoga  misi bantuan bersepadu yang diusahakan kerajaan Malaysia dapat dilaksanakan dengan jayanya.

9 September 2017
YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin,
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016