Projek Mega Dilaksanakan Kerajaan Bukan Untuk Kemegahan Sahaja - Najib
PUTRAJAYA, 26 JAN 2017 : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, projek infrastruktur dan perhubungan mega yang dilaksanakan kerajaan ketika ini bukan untuk kemegahan semata-mata. Perdana Menteri mahu Kementerian Kewangan memudahkan urusan untuk kementerian terlibat bagi memastikan kelancaran projek yang dibangunkan.