KUALA LUMPUR: Keunikan makanan Malaysia memberi impak besar terhadap ekonomi pelancongan negara, termasuk menerusi penggunaan media sosial. Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata pelancongan makanan turut memanfaatkan pengusaha restoran dan kedai makan, sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk tempatan. "Kerancakan penggunaan media sosial ketika ini membolehkan kita melihat dan menikmati pelbagai jenis makanan yang mungkin tidak pernah ditemui," katanya berucap pada majlis perasmian Program Rasa Sayang sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 di sini, hari ini. Program kerjasama penggerak seni tanah air, Kakiseni, dan pusat beli-belah Quill City Mall itu menampilkan 60 jenis makanan dari setiap negeri di Malaysia dalam konsep warung sebagai meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Pengarah Urusan Quill City Mall, Datuk AR Michael Ong, berkata program berkenaan adalah inisiatif menarik meluahkan perasaan cinta dan bangga sebagai