Posts

Showing posts from October 22, 2017

Bajet 2018 : Penekanan Harus Turut Diberikan Kepada Pasangan Keluarga Muda – Fahariyah

Image
KUALA LUMPUR, 24 Okt – Tarikh 27 Oktober ini pasti dinantikan ramai pihak kerana ingin mendengar sendiri apakah yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan Bajet 2018. Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Fahariyah Md Nordin berkata, seperti tahun-tahun sebelumnya, bajet kali ini juga pasti bakal memberi berita gembira buat seluruh rakyat kerana belum pernah lagi pembentangan bajet tanpa ada berita gembira. “Namun sebagai golongan muda, saya amat berharap agar bajet kali ini turut diberi penekanan kepada kebajikan pasangan keluarga muda kerana golongan ini baru mahu memulakan hidup. Oleh itu saya amat berharap agar isu rumah pertama akan diberi perhatian kerana syarat untuk memiliki rumah terlalu ketat termasuklah pinjaman bank. “Isu rumah pertama ini sebenarnya bukan isu baru malah saya tidak nafikan kerajaan telah melakukan pelbagai cara bagi mengatasi masalah ini. Cuma apa yang saya nampak, pasangan muda menghadapi kekangan apabila ber...

Menuju Bajet 2018 : Visi Ekonomi Saya Untuk Malaysia - Najib Razak

Semakin kita menghampiri Bajet 2018, saya ingin berkongsi cabaran yang telah Malaysia hadapi beberapa tahun kebelakangan ini, dan bagaimana usaha telah dilakukan untuk memacu negara ke arah masa depan yang makmur, mampan dan inklusif untuk semua. 2. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menerangkan pandangan saya sebelum pembentangan Bajet pada Jumaat ini serta perancangan yang bakal diumumkan, untuk manfaat rakyat Malaysia. 3. Penglibatan saya ke dunia politik adalah secara mengejut dan tidak dirancang selepas pemergian ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein, ketika saya berusia 23 tahun. 4. Allahyarham merupakan idola saya, melihat pencapaian dan dedikasi berterusan beliau untuk melihat kemajuan negara serta rakyat Malaysia. Lantas, matlamat saya dalam hidup adalah melakukan yang terbaik untuk mengikuti jejak langkahnya dan berkhidmat demi negara. 5. Seperti Allahyarham Ayahanda, saya juga bercita-cita meletakkan Malaysia di pentas global; dan menjadi antara 20 negara terata...