Posts

Showing posts from January 14, 2018

Puteri UMNO Sambut Baik 2018 Tahun Memperkasa Wanita, Tepat Pada Masanya – Mas Ermieyati

Image
KUALA LUMPUR, 2 Nov – Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai satu pengiktirafan yang cukup besar kerajaan terhadap wanita di negara ini apabila diumumkan tahun 2018 adalah tahun memperkasa wanita. Dengan pelbagai pengumuman termasuklah syarat sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC), ianya menunjukkan komitmen sebenar kerajaan dalam agenda memperkasa wanita dan bukannya sekadar retorik semata-mata. Bagi Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menganggap penekanan Datuk Seri Najib itu secara jelas memperlihatkan komitmen kerajaan dalam usaha meningkatkan lagi kualiti hidup serta pembangunan ekonomi untuk golongan tersebut.