Posts

Showing posts with the label SKMM

Tiada Dana Awam

Image
Lawatan kerja YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Menuju Bajet 2018 : Visi Ekonomi Saya Untuk Malaysia - Najib Razak

Semakin kita menghampiri Bajet 2018, saya ingin berkongsi cabaran yang telah Malaysia hadapi beberapa tahun kebelakangan ini, dan bagaimana usaha telah dilakukan untuk memacu negara ke arah masa depan yang makmur, mampan dan inklusif untuk semua. 2. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menerangkan pandangan saya sebelum pembentangan Bajet pada Jumaat ini serta perancangan yang bakal diumumkan, untuk manfaat rakyat Malaysia. 3. Penglibatan saya ke dunia politik adalah secara mengejut dan tidak dirancang selepas pemergian ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein, ketika saya berusia 23 tahun. 4. Allahyarham merupakan idola saya, melihat pencapaian dan dedikasi berterusan beliau untuk melihat kemajuan negara serta rakyat Malaysia. Lantas, matlamat saya dalam hidup adalah melakukan yang terbaik untuk mengikuti jejak langkahnya dan berkhidmat demi negara. 5. Seperti Allahyarham Ayahanda, saya juga bercita-cita meletakkan Malaysia di pentas global; dan menjadi antara 20 negara terata...

JPP Bukan Jentera Bawa Agenda Politik, Kata Halimah

Image
KUALA TERENGGANU, 19 Sept – Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) bukanlah ejen untuk agenda politik Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Halimah Mohamed Sadique. Katanya, pemilihan anggota JPP dibuat secara terperinci dengan syarat mereka bukan Ahli Majlis dan keutamaan diberikan kepada penduduk yang bergiat aktif dalam pertubuhan, persatuan atau kerja-kerja amal. “Mereka ini bukan jentera kita. Ada orang tuduh sengaja tubuh JPP sebagai jentera parti dan politik sedangkan ini adalah jentera yang membawa harapan, suara dan harapan masyarakat bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Wanita muda perlu diletakkan ditempat yang sepatutnya. - Haryaty Hamzah-

Image
Perjalanan wacana siang tadi mengambarkan kematangan wanita muda Malaysia berbicara soal politik & prinsip perjuangan.  Syabas kepada penganjur dalam menyediakan platform bagi membincangkan kuasa undi wanita dalam PRU 14 nanti. 

Kekuatan BN Bukan Hanya Kepada UMNO Tetapi Semua Parti Komponen – Anuar

SEKIJANG, 5 Sept – Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap berkata, Barisan Nasional (BN) hari ini memerlukan kekuatan bukan sahaja daripada UMNO tetapi daripada keseluruhan parti yang ada dalam BN itu sendiri bagi memastikan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang. Jelas beliau, bukan hanya UMNO yang perlu bersiap sedia tetapi parti-parti komponen dalam BN juga perlu bersama-sama untuk menanamkan keyakinan rakyat bagi memastikan bahawa BN terus menjadi pilihan pada PRU-14 nanti.

Propaganda Dap Untuk Kekalkan Undi Melayu – Salleh

Image
KUALA LUMPUR, 4 Sept – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pelbagai propaganda yang dikeluarkan Dap ketika ini hanyalah untuk memastikan ia tidak kehilangan undi kaum Melayu. Bendahari UMNO itu berkata sejarah pilihan raya umum (PRU) sejak 1990 membuktikan Dap hanya mampu menang banyak kerusi parlimen hasil kerjasama dengan parti-parti berteraskan Melayu khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. Salleh dalam analisis pilihan rayanya berkata, Dap bagaimanapun hanya mampu menang di kawasan majoriti Cina pada PRU 1990 dan 1999, walaupun berlaku perpecahan dalam UMNO dan berpakat dengan beberapa parti Melayu lain.

Akaun-Akaun Palsu Akan Ditutup

Image
KUALA LUMPUR: Kerajaan bekerjasama dengan pengendali media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram bagi memadamkan akaun palsu yang digunakan untuk tujuan negatif.

Panduan Untuk Rujukan Pentadbir Aplikasi Sosial

Image
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan peringatan kepada para pentadbir kumpulan rangkaian atau aplikasi media sosial dan perhubungan tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan sebagai pentadbir.

Ekspresi Negaraku Platform Cintakan Negara

Image
PUTRAJAYA, 18 MAC 2017 : Para peserta dan pengunjung hadir seawal jam 6.00 pagi untuk Ekspresi Negaraku di Perbadanan Putrajaya hari ini di mana ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari orang ramai.

Gelanggang mega adinda platform interaktif wanita muda suarakan pandangan -Mas Ermieyati Samsudin-

Image
  Pewaris pemimpin muda  KUALA LUMPUR 20 Nov. - Gelanggang Mega Adinda merupakan pentas perdebatan paling ideal untuk golongan wanita muda menyuarakan pandangan dan idea secara terbuka, berpegang kepada prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju'.

Peruntukan Kepada KKM Untuk Baik Pulih HSA – PM Najib

KUALA LUMPUR,  – Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan untuk membaik pulih Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru yang terbakar semalam.

Salam Takziah dari Puteri UMNO Negeri Johor

Image
  Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor Pn Hjh Rohaizah Ahmad  bersama Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat dan isteri Menteri Besar Johor

PERMATA terus di FITNAH

Image
Bertahun-tahun PERMATA dan Datin Sri Rosmah telah difitnah dah ditohmah oleh pembangkang dan penyokong mereka.   Fitnah dari Suara Rakyat Sebelum ini mereka mendakwa peruntukan PERMATA bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM711 juta. Walaupun ia ternyata TIDAK BENAR namun TIADA sekelumit ungkapan MAAF ataupun pembetulan dibuat oleh pihak pembangkang.

Gelanggang Mega ADINDA

Image
ADINDA buat julung-julung kalinya bakal menganjurkan Gelanggang Mega ADINDA, sebuah pentas debat ala-Parlimen khusus untuk wanita berumur 18 hingga 25 tahun.

SKMM Sekat 36 Laman Web Sebar Ideologi Militan Daesh

 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyekat 36 laman web dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Indonesia yang terlibat dalam penyebaran ideologi kumpulan militan Daesh. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata sekatan itu membabitkan 72 pautan internet (URL) dan pemadaman 12 akaun media sosial dan 29 kandungan video dengan kerjasama pengendali laman media sosial.

JKKK Perlu Sebar Inisiatif Kerajaan, Manfaatkan Untuk Kebaikan Masyarakat – Najib

SERDANG,– Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pemimpin akar umbi di kampung memainkan peranan lebih hebat dalam menyebarluaskan setiap inisiatif yang diumum dan dilaksanakan kerajaan yang membawa faedah kepada masyarakat di luar bandar.

Rakyat sokong SPRM bongkar rasuah di Sabah

Image
KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata rakyat di negara ini, khususnya di Sabah, menyokong penuh tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar skandal rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah.   Menteri Komunikasi dan Multimedia  (KKMM)

BTN Boleh Bendung Pengaruh Daesh Melalui Pemerkasaan Patriotisme Rakyat

PUTRAJAYA, 10 Okt – Biro Tata Negara (BTN) berkeupayaan bertindak sebagai agensi pencegah untuk mengekang pengaruh Daesh dengan pemerkasaan patriotisme rakyat melalui penjiwaan dan pemahaman Perlembagaan Negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Jawapan,KENAPA PROGRAM PERMATApintar perlu diletakkan di JPM bukan di KPM.

 Biar saya jawab soalan ini dari perspektif PERMATApintar. Sebenarnya, memang sepatutnya program seperti PERMATApintar yang menyediakan pendidikan untuk pelajar pintar dan berbakat diletakkan di bawah KPM. Namun terdapat kelompongan dalam polisi pendidikan yang tidak menjelaskan keperluan pendidikan pintar dan berbakat di Malaysia dan ini menyebabkan ramai antara keluarga yang mempunyai anak pintar dan berbakat mencari jalan keluar untuk mendapatkan pendidikan yang sepatutnya di negara lain. Bilangan dan kewujudan pelajar pintar dan berbakat adalah agak besar, 1 dalam 10,000. Jika mereka berterusan meninggalkan negara kita ini akan mengakibatkan negara kehilangan "the best brain" .

Jerman merupakan pelabur terbesar Malaysia daripada Kesatuan Eropah.

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini bagi lawatan rasmi selama tiga hari ke Jerman. Lawatan atas jemputan Canselor Jerman Angela Merkel, yang juga seorang ahli politik utama dalam Kesatuan Eropah, merupakan lawatan pertama Najib sebagai Perdana Menteri.