KUALA LUMPUR 7 Ogos - AirAsia menawarkan tambang promosi, bermula dari RM10, ke destinasi ASEAN sempena Hari ASEAN esok. Tambang asas sehala itu, tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi dan perkhidmatan pilihan lain dan penumpang boleh meneroka destinasi di semua 10 negara ASEAN - Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Vietnam, Kemboja, Laos dan Myanmar, menurut AirAsia dalam kenyataan. Pada masa sama, penumpang juga boleh mengambil peluang daripada tambang rendah ke destinasi selain ASEAN dengan rangkaian AirAsia dan AirAsia X yang meliputi Asia Utara, Asia Selatan, Timur Tengah, Australia dan Afrika.