Posts

Showing posts from October 16, 2016

#bajet2017 | BRIM naik lagi!!!

Image
DATUK Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan kadar BR1M daripada RM 1,000 dan RM 1,050 (E-Kasih) kepada RM 1,200 dalam pembentangan Bajet 2017 di Parlimen sebentar tadi.  Sementara individu bujang bergaji RM 2,000 ke bawah, bayaran BR1M dinaikkan dari RM 400 kepada RM 450.

TEKS PENUH UCAPAN BAJET 2017 OLEH YAB PERDANA MENTERI

Image
TEKS PENUH UCAPAN BAJET 2017 OLEH YAB PERDANA MENTERI

Bantu Melayu, Bumiputera. Dap Tidak Boleh Menipu Semua Orang Sepanjang Masa

PULAU PINANG,  – Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Zaidi Mohd Said mengingatkan pemimpin Dap agar tidak terus membuat kenyataan palsu terutama menyatakan pendirian parti mereka yang kononnya sentiasa membantu orang Melayu yang terpinggir dan menyokong kedudukan hak istimewa bumiputera. Jelasnya, jika renung kembali segala tindak tanduk Dap selama ini ternyata ia tidak sedikitpun menggambarkan bahawa mereka menyokong kedudukan hak istimewa bumiputera.

Dewan Rakyat Lulus RUU Perancangan Bandar & Desa (Pindaan) 2016

Image
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2016, yang mewajibkan sebarang rancangan pembangunan fizikal mendapat nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).

SKMM Sekat 36 Laman Web Sebar Ideologi Militan Daesh

 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyekat 36 laman web dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Indonesia yang terlibat dalam penyebaran ideologi kumpulan militan Daesh. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata sekatan itu membabitkan 72 pautan internet (URL) dan pemadaman 12 akaun media sosial dan 29 kandungan video dengan kerjasama pengendali laman media sosial.

Puteri Selangor teruskan agenda perkasakan perjuangan yang selaras dengan hasrat kerajaan untuk mendahulukan rakyat

SHAH ALAM – Pergerakan Puteri Umno Selangor akan meneruskan agenda bagi memperkasakan perjuangan yang dibawa selaras dengan hasrat kerajaan untuk mendahulukan rakyat. Ketuanya Salbiah Saari berkata, antara pendekatan yang akan dibawa bagi merealisasikan hasrat kerajaan itu adalah dengan memantapkan jentera bagi menghadapi pilihan raya.

"Rumah Kita" - Haryaty Hamdzah -

Image
  Haryaty Hamdzah bersama dengan  Pengasas Rumah Kita Rumah perlindungan bagi wanita terpilih. Alhamdulillah diberi keizinan Allah SWT untuk berkesempatan mengenali Rumah Kita dan warganya kira-kira jam 4.30 petang tadi (18 Okt). Rakan-rakan yang turut serta melawat juga teruja untuk mengambil peduli akan nasib rakan sebaya.

Artis Tubuh Kelab UMNO Bantu Perjuangan, Hargai Sumbangan UMNO

KUALA LUMPUR, 18 Okt – UMNO terus menerima suntikan para artis apabila Kelab UMNO Artis Tanah Air (KUAT) ditubuhkan dan dilihat sebagai platform terbaik untuk membantu parti berkenaan selain menghargai jasa dan sumbangan parti terbabit. Presiden Kelab terbabit, Datuk A Rahman Hassan berkata beliau dan rakan-rakan artis yang lain merasa terpanggil untuk membantu parti berkenaan dan menunjukkan sokongan mereka terhadap UMNO.

Najib Harap Dr Fauziah Teruskan Perjuangan Bela Nasib Warga Palestin

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG), Dr Fauziah Mohd Hasan agar meneruskan perjuangan membela nasib warga Palestin.

Langkawi Jadi Lapangan Terbang Antarabangsa ke-6 AirAsia

Image
GEORGE TOWN: Potensi besar pertumbuhan di Langkawi mendorong AirAsia Bhd menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sebagai hab antarabangsa keenam di Malaysia.

PENTING: Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Hingga Khamis

Image
KUALA LUMPUR: Angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50km sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, Reef North, Layang-Layang dan Palawan sehingga Khamis ini. (gambar hiasan)

JKKK Perlu Sebar Inisiatif Kerajaan, Manfaatkan Untuk Kebaikan Masyarakat – Najib

SERDANG,– Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pemimpin akar umbi di kampung memainkan peranan lebih hebat dalam menyebarluaskan setiap inisiatif yang diumum dan dilaksanakan kerajaan yang membawa faedah kepada masyarakat di luar bandar.

KPDNKK Senarai 18 Barangan Skim Kawalan Harga Sempena Deepavali

Image
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyenaraikan 18 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Deepavali yang disambut 29 Oktober ini. Skim kawalan harga itu berkuat kuasa selama 14 hari dari 19 Okt hingga 1 Nov. -Gambar Hiasan

Rakyat sokong SPRM bongkar rasuah di Sabah

Image
KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata rakyat di negara ini, khususnya di Sabah, menyokong penuh tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar skandal rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah.   Menteri Komunikasi dan Multimedia  (KKMM)

Air Pasang: Dua Lagi Pusat Pemindahan Dibuka di Selangor

Image
SHAH ALAM: Dua lagi pusat pemindahan mangsa banjir berikutan fenomena air pasang besar dibuka di Selangor, menjadikan lima pusat itu beroperasi di negeri ini setakat ini. Tiga pusat pemindahan yang dibuka sebelum ini ialah Dewan Serbaguna, Kampung Tok Muda, Kapar, Dewan Sungai Air Tawar, dan Dewan Parit Baru di Sabak Bernam, katanya ketika dihubungi hari ini. -Bernama