Puteri UMNO Sambut Baik 2018 Tahun Memperkasa Wanita, Tepat Pada Masanya – Mas Ermieyati

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai satu pengiktirafan yang cukup besar kerajaan terhadap wanita di negara ini apabila diumumkan tahun 2018 adalah tahun memperkasa wanita.
Dengan pelbagai pengumuman termasuklah syarat sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC), ianya menunjukkan komitmen sebenar kerajaan dalam agenda memperkasa wanita dan bukannya sekadar retorik semata-mata.
Bagi Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menganggap penekanan Datuk Seri Najib itu secara jelas memperlihatkan komitmen kerajaan dalam usaha meningkatkan lagi kualiti hidup serta pembangunan ekonomi untuk golongan tersebut.


Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, pembangunan usahawan yang ditekankan oleh kerajaan menerusi Bajet 2018 adalah satu perkara yang cukup baik sekaligus memberi nilai faedah yang amat besar untuk wanita hari ini menceburinya secara meluas.
“Malah dengan tumpuan kepada anak muda dalam keusahawanan sudah pasti memberi faedah dan manfaat yang cukup besar untuk mereka hari ini menjadikan bidang keusahawan peluang untuk diceburi.
“Kita juga gembira kerana dalam soal wanita yang kembali bekerja turut diberi tumpuan di dalam Bajet 2018 apabila kerajaan mengecualikan cukai pendapatan pendapatan individu kepada golongan ini. Soal ini kita pernah perjuangkan dahulu dan hari ini nampaknya mendapat perhatian dan ianya cukup menggembirakan.
“Begitu juga Amanah Ikhtiar Malaysia yang diperkasakan serta penambahan bajet untuk agensi Tekun dan juga ‘My Win Academy’. Inilah bajet yang mengupayakan wanita,” katanya kepada UMNO-Online, di lobi Parlimen.
Semasa membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat Jumaat lalu, Najib turut mengumumkan syarat sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) serta badan berkanun, sebelum akhir tahun 2018.
Perdana Menteri juga mencadangkan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari ke 90 hari seperti yang telah dilaksanakan oleh perkhidmatan awam.
Seterusnya, RM20 juta untuk program latihan dan keusahawanan wanita antaranya PEAK Entreprenuer Programme di bawah My Win Academy.
Terakhir, cadangan pengecualian cukai pendapatan individu kepada wanita yang kembali bekerja selepas tempoh sekurang-kurangnya dua tahun berhenti. – MediaUMNO

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016