Pink Rock Solid Misi Banteras Jenayah Seksual Kanak-Kanak




KUALA LUMPUR : Pada tanggal 30 Julai 2017 iaitu semalam, hampir 5, 000 orang menyertai program "Walk and Run Pink Rock Solid" yang telah dianjurkan oleh Puteri UMNO di Padang Merbok Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap kempen "Hentikan Seksual Eksploitasi terhadap Kanak-Kanak" ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari rakyat Malaysia juga luar negara.

Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin berkata program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai isu ini lebih-lebih lagi ianya sudah menjadi sesuatu yang menular dan perlu dipandang serius.

Beliau berkata dalam tahun 2010 dan Mei tahun ini, hampir 23, 000 kanak-kanak telah menjadi mangsa keganasan seksual termasuk jadi mangsa rogol.

"Kami tidak mahu meletakkan tanggungjawab membantu mangsa-mangsa ini hanya kepada pihak ibu bapa dan guru sahaja, kerana komuniti-komuniti juga harus terlibat dalam memerangi jenayah ini kerana mangsa adalah kanak-kanak dan rata-ratanya mereka pasti takut untuk menyuarakan masalah mereka," katanya ketika ditemui selepas program tersebut berjalan.

Beliau turut berkata bahawa terdapat sedikit taklimat ringkas mengenai isu itu kepada peserta yang kemudiannya telah diminta untuk menjawab soalan mengenai tindakan yang akan mereka ambil sekiranya yang menjadi mangsa jenayah ini adalah anak mereka.

YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin juga berkata penyertaan ini telah disertai dari pelbagai golongan, agama, kaum, dan bangsa, malah dari luar negara benar-benar mengekspresikan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah ini.

Beliau berkata melalui program ini, sebanyak RM30, 000 akan disumbangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan untuk berjuang memerangi jenayah ini seperti Persatuan Pelindung dan Penyelamatan Anak Selangor dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, wakil dari Tabung Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Dr Amjad Rabi berkata Malaysia telah melakukan sesuatu yang membanggakan dari segi meluluskan Rang Undang-Undang Jenayah Seksual Kanak-Kanak 2017 dan media juga telah memainkan peranannya dengan baik untuk menyebarkan kesedaran mengenai jenayah tersebut.

Bagaimanapun, beliau mengatakan bahawa penglibatan dan sokongan masyarakat dalam mencegah jenayah ini adalah yang paling penting untuk membanteras jenayah ini.

"Ibu bapa juga perlu mendengar serta mempercayai anak-anak mereka dan hendaklah selalu memberitahu mereka bahawa anda menyayangi mereka supaya mereka dapat berkongsi cerita kepada anda lebih-lebih lagi sekiranya terdapat sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka," tambahnya.

Tahniah daripada Rakan Puteri kepada Saudari Natassia Roslan sebagai Pengarah Program di atas program yang telah berlangsung dengan jayanya ini.

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016