PELANTIKAN YB SENATOR DATO’ HAJJAH FARAHIYAH NORDIN SEBAGAI SENATOR DEWAN NEGARA-YB DATUK HAJJAH MAS ERMIEYATI SAMSUDIN-




 
YB DATUK HAJJAH MAS ERMIEYATI SAMSUDIN

07 Disembar 2016   Keratan akhbar dari Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia atas pelantikan YB Senator Dato’ Hajjah Farahiyah Bt Nordin, 






1- Dengan sukacitanya, saya mewakili Pergerakan Puteri Umno Malaysia memanjatkan rasa kesyukuran atas pelantikan YB Senator Dato’ Hajjah Farahiyah Bt Nordin, bagi tempoh satu (1) penggal, berkuat kuasa mulai 7 Disember 2016.

2- Dato’ Hajjah Farahiyah dilahirkan di Johor Bahru dan mendapat pendidikan menengah di Sekolah Perempuan Sultan Ibrahim Johor Bahru. Beliau mempunyai kelayakan Sarjana Muda Pembangunan Manusia daripada Universiti Putra Malaysia dan Sarjana dalam Bidang Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Malaya.

3- Beliau yang dilantik merupakan seorang yang berpengalaman luas di dalam politik. Mula melibatkan diri ketika penubuhan Puteri Umno Malaysia lebih 15 tahun yang lalu sewaktu berusia 22 tahun dan dilantik sebagai Ketua Penaja Puteri Umno Negeri Johor. Beliau juga merupakan Setiausaha Kerja Puteri Umno Malaysia yang pertama iaitu pada tahun 2002 hingga 2004 dan pernah menjadi Exco Puteri Umno Malaysia dari 2004 hingga 2013. Beliau juga pernah bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan selain Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri dan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar.  Beliau yang kini berusia 37 tahun menjawat jawatan Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri Umno Malaysia yang disandang sejak 2013 dan Ketua Puteri Bahagian Ledang yang disandang sejak 2002.

 
YB Senator Dato’ Hajjah Farahiyah Nordin


4- Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak diatas lantikan YB Senator Dato' Hajjah Farahiyah dan mengiktiraf perjuangan wanita muda selama ini dengan terus memperkasakan wanita muda sebagai sebahagian dari pembuat dasar negara. Inilah kali pertama Pergerakan Puteri Umno Malaysia diiktiraf sebagai Ahli Dewan Negara. Ini bukan satu pengakhiran tapi satu permulaan untuk terus bekerja keras atas tanggungjawab yang telah diberikan. Pergerakan Puteri Umno Malaysia mengalu-alukan kepercayaan yang telah diberikan.

Tahniah diucapkan kepada YB Senator Dato’ Hajjah Farahiyah Nordin atas pelantikan sebagai Senator Dewan Negara. Dengan rekod kepimpinan dan yang cemerlang, Pergerakan Puteri Umno Malaysia yakin bahawa pelantikan YB Senator Dato’ Hajjah Farahiyah akan dapat melonjakkan lagi wanita muda ke tahap yang lebih tinggi.



KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

7 DISEMBER 2016

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016