Salahkan DS Najib Razak Bercuti?

PUTRAJAYA, 5 JAN 2017 : Adakah menjadi satu kesalahan apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil cuti? Isu ini menjadi viral sejak beberapa hari lalu. Rakan Puteri turut akan memberi pandangan Rakan Puteri dan menjawab beberapa persoalan oleh netizen dalam media sosial baru baru ini.
(gambar daripada komen netizen di laman instagram PM)


Mudah sahaja jawapan dari Rakan Puteri. MANUSIA. Kita semua manusia biasa. Perlukan rehat, tidur, makan, minum, berjalan, berlari. Semuanya melibatkan masa dalam setiap satu perbuatan ini. Apakah ada bagi setiap makhluk yang bergelar Manusia ini bekerja dua puluh empat jam tanpa henti? 

Mudah. Manusia bukan robot yang diprogramkan untuk bekerja tanpa henti. Malah ada robot yang hanya bergerak jika dihidupkan. Jangka hayat robot pula hanya untuk seketika dan akan berlaku kerosakan jika terlampau kerap 'bekerja' untuk manusia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhak untuk bercuti atas kedudukannya sebagai ketua negara yang sememangnya memerlukan masa rehat yang secukupnya.

Setiap Jemaah Menteri juga sudah diberikan hak samarata untuk menghabiskan masa rehat untuk diri sendiri dan juga keluarga. Setiap masa yang diberikan juga mempunyai masa masa tertentu dan tugas yang dijawat juga disandarkan kepada yang mampu untuk bertugas. Itu gunanya kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Menteri, malah di sekolah turut mempunyai Penolong Kanan untuk membantu.

Perdana Menteri merupakan seorang yang paling penat di negara kita. Menerajui satu negara yang bukannya seratus dua rakyat, tetapi berjuta-berjuta dengan pelbagai kerenah dan pelbagai permasalahan yang ditimbulkan. 

Perdana Menteri juga seperti pemimpin lain atau kakitangan kerajaan yang mempunyai keluarga dan kesihatan yang perlu dijaga. Bercuti merupakan satu lumrah untuk seseorang merehatkan diri dan minda daripada apa sahaja kecelaruan yang berlaku.

Jadi mengapa perlu orang sakit hati apabila mendapat tahu beliau bercuti dan kenapa tidak ada pula yang mempersoalkan betapa beliau telah bekerja saban tahun tanpa mengira waktu untuk membangunkan negara dan rakyat demi kesejahteraan sejagat?

Ketahuilah, menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, Perdana Menteri amat jarang mengambil cuti, sebaliknya 24 jam bertungkus lumus bekerja sama ada untuk negara dan parti (UMNO).

Walaupun beliau tidak pernah penat dan mengeluh di atas cemuhan netizen tetapi setiap barisan di tulang belakang beliau yang merasa keperitan daripada kata caci daripada rakyat beliau sendiri. Jadi fikir-fikirkanlah.

-admin maya.

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016