Banyak penyakit mental lain tidak dipedulikan - Exco Biro Kesihatan Puteri UMNO Malaysia-

Kuala Lumpur-  Peningkatan gejala mental dalam kelangan perhatian serius kerajaan,kerana membabitkan isu kesejahteraan rakyat . Pergerakan Puteri UMNO berpendapat,semua pihak tidak harus memandang remeh isu itu kerana kanak-kanak dan remaja adalah aset negara dalam  meneruskan kepimpinan dan kecemerlangan .
                                                                    
 
Dr Nur Faizah Ali
Exco Biro Kesihatan Puteri UMNO


Exco Biro Kesihatan Puteri UMNO,Dr Nur Faizah Ali berkata pasti wujud kebimbangan jika mereka yang mempunyai gejala sakit mental seperti stres,kemurungan dan lain-lain mengurus tadbir sesuatu organisasi. " Selama ini banyak penyakit mental lain tidak dipedulikan,ekoran tumpuan lebih kepada skizofrenia kerana tingkah laku yang terganggu pada golongan pesakit itu boleh dilihat secara jelas. Selain  itu,kempem kesedaran dan stigma dalam kalangan masyarakat bahawa mendapatkan rawatan kesihatan mental adalah sesuatu yang memalukan,perlu dihapuskan kerana diagnosis awal mampu memulihkan pesakit", katanya kepada Berita Harian .

 
Keratan akhbar berita harian ms19 

Dr Nur Faizah yang juga Pegawai Perubatan di Unit Psikologi dan Tingkah Laku Universiti Teknologi Mara (UITM),berkata Malaysia wajar mencontohi langkah Negara maju yang memiliki  fasiliti lengkap perubatan kesihatan mental yang lengkap. Katanya,penubuhan pusat mental peringkat negara,relevan untuk  menyelaras program kesedaran kesihatan,penyediaan modul pendidikan dalam mengesan dan menangani tekanan,pencegahan,pemulihan dan lain-lain

"Latihan asas di sesetengah negara maju,pegawai psikologi yang memilik kepakaran mengenal mental pasti gejala kesihatan mental ditempatkan setiap sekolah,manakala guru pula diberi latihan asas mengenainya",Beliau berkata,tanggapan salah masyarakat bahawa kaunselor adalah pakar psikiatrik perlu dibetulkan ,kerana kedua-duanya mempunyai peranan berbeza.Katanya,kaunselor adalah bahagian atau pakar rapi perbincangan untuk mengenal pasti sama ada pengadu berdepan masalah mental atau sebaliknya.

Jika mental seperti hiperaktif (ADHD) mereka perlu dirujukkan kepada pakar psikiatrik kerana umumnya,kaunselor sekolah diberi pengetahuan mengenai sakit mental", katanya.

Pergerakan Puteri UMNO akan mengemukakan perkara itu kepada kerajaan dan berharap diberi perhatian menerusi bajet akan datang sebagai persediaan negara menghadapi penularan masalah mental yang dijangka mencapai tahap kedua tertinggi  di dunia.

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016