Tiga Negeri Mengalami Bencana Banjir

MALAYSIA, 1 JAN 2016 : Di samping kita bergembira menyambut hari pertama dalam 2017, ada saudara kita masih berjuang dalam menangani bencana banjir yang 'kunjung tiba' kian tahun. Hari ini, Berita AWANI melaporkan tiga buah negeri yang terlibat dengan bencana ini.

Image result for gambar astro awani
KUALA BERANG: Pada jam 13:54 waktu Malaysia, Berita AWANI melaporkan bekalan makanan yang diagihkan ke pusat pemindahan untuk mangsa banjir di negeri Terengganu masih mencukupi meskipun terdapat pertambahan pusat pemindahan mangsa banjir.

Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu Rusmi Mahmud berkata pihaknya mempunyai 160 pangkalan hadapan yang menjadi pusat bekalan makanan di seluruh negeri.

Katanya terdapat 18 mini depoh di daerah dan satu depoh besar Zon Timur di Pulau Kerengga, Marang yang menempatkan bekalan makanan untuk mangsa banjir di negeri ini.

Sila Rujuk : BANJIR DI TERENGGANU

KOTA BHARU: Pada jam 14:22 waktu Malaysia, Berita AWANI melaporkan jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,220 orang daripada 278 keluarga pada tengah hari berbanding 1,823 orang daripada 474 keluarga pagi tadi.

Tiga pusat pemindahan turut ditutup tengah hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Zainuddin Hussin berkata tiga pusat pemindahan berkenaan membabitkan dua pusat di Kuala Krai iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bedal dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh manakala sebuah lagi di Tanah Merah iaitu SK Lawang.

Sila Rujuk : BANJIR DI KELANTAN

ALOR SETAR : Pada jam 14:35 waktu Malaysia, Berita AWANI melaporkan bahawa Kedah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi banjir dengan mengenal pasti kawasan berisiko dilanda bencana itu, ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana juga telah diarah membuat persiapan dan berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Sila Rujuk : BANJIR DI KEDAH


Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016