Benarkah Melayu Mampu Mempertahankan Kuasa dan Hak Tanpa UMNO Sebagai Kerajaan?

Image may contain: 1 person, eyeglasses and text

Kenapa perlu disangkal dan tidak percaya apabila Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsuddin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyatakan bahawa kita akan mati jika negara ini tidak diperintah oleh UMNO. Hakikat ini adalah nyata. Apa yang dikatakan oleh Datuk Hjh Mas Ermieyati adalah benar dan suka atau tidak suka kita perlu terima hakikat ini. Tidak perlu lah mempolitikkan kenyataan KPUM hanya untuk membodek DAP jika dia penyokong tegar DAP.

Kita bangsa subsidi jangan berlagak macam hebat. Baru kerajaan tarik subsidi kita sudah melatah dan memaki hamun kerajaan sedangkan bangsa lain telah lama membuang tungkat subsidi dan mampu bangun menguasai ekonomi negara. Fikirlah, siapalah kita tanpa bantuan dan subsidi. Apakah selain dari kerajaan UMNO mampu membantu dan memberikan subsidi kepada bangsa kita?

Apakah yang akan berlaku kepada Agama, Bangsa dan Negara sekiranya Parti lain selain dari Barisan Nasional @ UMNO yang akan memimpin? 'Hidup'kah? Mampukah rakyat kita bertahan?

Tidak perlu untuk kita bayangkan apa yang akan berlaku kerana hasilnya sudah ada di depan mata. Kita ambil sahaja contoh yang terdekat. Apa yang sudah berlaku di Pulau Pinang setelah jatuh ke tangan Parti DAP. Hidupkah? Matikah? 

DAP sudah terlalu berani mencampuri urusan Islam, alangkah bahaya sekiranya DAP memimpin Negara. Pada 26 Mei 2008, Lim Kit Siang ada berkata tidak perlu lagi ketuanan Melayu, segala hak istimewa Melayu dan Agama Islam akan dikesampingkan. Buktinya. Lim Guan Eng, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang secara terbuka telah menolak perlaksanaan pemerintahan Islam di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang dinyatakan di dalam Akhbar The Star mukasurat 16, 16 Jun 2008.

Pemimpin DAP di Pulau Pinang juga mengadakan penjualan dan lelongan arak secara terbuka di Karnival Belia yang bertempat di Auto City Juru Pulau Pinang. 

Jenayah yang paling nampak ialah jual tanah sehingga Melayu bakal tiada tanah dan tidak dapat membeli disebabkan kos pertukaran hak milik berjumlah RM200ribu. Lebih menyakitkan adalah semasa puak-puak ini menghina Khalifah Islam Umar Abdul Aziz dengan memperlekehkan khalifah umat Islam ini.

Juga dijadikan contoh Selangor yang menjadi boneka kepada kepimpinan DAP. PAS dan PKR hanya mengikut telunjuk DAP kerana mereka bukanlah parti dominan seperti UMNO.

Di Perak ketika zaman MB Nizar EXCO DAP seramai 3/4 dari EXCO berbangsa Cina dan Nizar hanyalah boneka DAP dan tanah 'new village' dicagarkan sehinggakan 999 tahun. Fikirkan lah sendiri sedangkan kerajaan pusat hanya mencagar selama 99 tahun.

Baru sebuah negeri yang dipimpin, bangsa dan agama kita sudah dianaktirikan di dalam negara sendiri. Apa lagi jika negara dipimpin oleh mereka? 

Sebagai contoh terdekat, di negara jiran, Singapura yang diperintah oleh PAP (People's Action Party) atau dalam Bahasa Melayu, Parti Tindakan Rakyat Singapura itu telah menenggelamkan kaum melayu dan memartabatkan kaum Cina. Segala hak-hak orang melayu dan islam telah dijual beli di negara tersebut.

Dinyatakan di Singapura, pemimpin mereka yakni dari parti PAP tidak membenarkan jururawat di hospital pemerintah untuk memakai tudung. Malah rata-ratanya majikan jelas mengatakan untuk tidak mengambil pekerja Melayu terutama sekali wanita Islam yang tidak dibenarkan menutup aurat dengan sempurna.

Rakan Puteri akan menjelaskan apa kaitan di antara parti DAP di Malaysia dengan parti PAP di Singapura. Di Singapura, pemimpin pertama PAP pada Tahun 1954 iaitu Lee Kuan Yew, seorang pemimpin yang dikenali dengan sikap bermuka-muka dan selalu menimbulkan sikap ketidakpuasan hati kepada bangsa Melayu dan Islam tetapi beliau merancang strategi dengan masuk keluar masjid untuk mengumpan bangsa Melayu dan Islam ketika itu. Setelah berjaya memenangi kerusi, beliau telah 'membersihkan' hak-hak orang Melayu di Singapura.

Menjadi persamaan kepada pemimpin Parti DAP di Malaysia, yang seratus peratus sama strateginya dalam memerintah iaitu jelas sekali apa yang berlaku di Pulau Pinang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng sanggup keluar masuk masjid dan surau semata-mata mahu memikat hati orang Melayu (yang disambut baik oleh parti PAS ketika itu) dan rakyat percaya pendekatan DAP nampak islamik sedangkan pada hakikatnya menghancurkan umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia.

Malang sekali, masih ada orang Islam dan bangsa Melayu di seluruh Malaysia yang masih terpesona dengan 'lakonan hebat' DAP. Rakan Puteri mohon untuk kita semua sedar dan bangun dari sandiwara-sandiwara mereka ini.

Sedikit sebanyak bukti dan contoh yang telah Rakan Puteri berikan, persoalan tetap sama. Apakah yang akan berlaku kepada Agama, Bangsa dan Negara sekiranya Parti lain selain dari Barisan Nasional @ UMNO yang akan memimpin? 'Hidup'kah? Fikir-fikirkanlah. -Admin Alam Maya

SUMBER: Jenayah DAP , Sejarah Penubuhan DAP dan PAP , Melayu di Singapura Ditindas 

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016