Skip to main content

Pelancaran Tabung Misi Antarabangsa Rohingya UUM Colgis - Utusan

Misi Kemanusiaan
Datuk Sabrina Mohd Noor (dua dari kanan) bersama Dr Mohamed Mustafa Ishak (tengah), Othman Mohammad (dua dari kiri) serta Dr Leong Yong Kong melakukan gimik melancarkan tabung bagi Misi Antarabangsa Tohingya UUM Colgis - Utusan.

ALOR SETAR: Datuk Norsabrina Mohd. Noor EXCO Kerajaan Negeri Kedah mewakili Menteri Besar Negeri Kedah melancarkan program Tabung Misi Antarabangsa Rohingya anjuran Kolej Undang-Undang Universiti Utara Malaysia di Tesco Mergong Alor Setar pada hari ini.

Majlis yang dilancarkan oleh beliau itu merupakan Program Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Kolej Undang-undang, Kerajaan Negeri dan Pengajian Antarabangsa (Colgis) juga turut bekerjasama dengan Kumpulan Utusan.


Naib Canselor UUM, Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, tabung yang dilancarkan itu adalah bertujuan untuk mengumpul dana dalam usaha memberikan bantuan berterusan kepada etnik minoriti Islam Rohingya yang kini berhadapan dengan penghapusan kaum di wilayah Rakhine, Myanmar.

"Pihak UUM tidak meletakkan sasaran namun kita berharap dapat mengumpul sebanyak mungkin sumbangan orang ramai dari seluruh negeri ini bagi memastikan bantuan berterusan dapat diberikan kepada etnik Rohingya," katanya selepas Majlis Pelancaran Misi Antarabangsa Rohingya UUM Colgis - Utusan.

Malah turut hadir bersama ialah Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad.

Menurut Mohamed Mustafa, kutipan terkumpul yang diperolehi daripada Misi Antarabangsa Rohingya UUM Colgis - Utusan itu akan disalurkan kepada Tabung Rohingya kendalian Kumpulan Utusan.

Sumber- Utusan Online

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016