'Sejarah' Serta 'Sumbangan' Terbesar Bekas Perdana Menteri ke-4?

Image result for mahathir plakad
Gambar Sumber Google

PUTRAJAYA: Siapa tidak mengenali Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang Bekas Perdana Menteri yang pernah memegang jawatan selama 22 tahun di bawah bumbung UMNO dari 1981 sehingga 2003 dahulu. 

Siapa sangka, dahulunya seorang Perdana Menteri yang disokong ramai anak muda itu pada hari ini telah bertukar arah menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) atau lebih dikenali sebagai parti bunga.

Mungkin ramai di antara kita lupa bahawa semasa pemerintahan Perdana Menteri selepas beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau terkenal sebagai Pak Lah, Dr Mahathir pernah mengisytiharkan untuk keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 di hadapan 1,000 orang ketika berucap di Alor Star, Kedah kerana kononnya telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Pak Lah pada ketika itu.

Difahamkan juga Dr Mahathir ada mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak yang pada ketika itu merupakan Timbalan Presiden UMNO juga sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008 untuk memujuk Najib menentang Pak Lah tetapi tidak berhasil dan menyebabkan Dr Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO. 

Malah ketika pengumuman keluarnya Dr Mahathir dari UMNO, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dilaporkan melalui tabloid berkata 'duri dalam daging sudahpun terkeluar'.

Bagaimanapun, sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Dr Mahathir bersama-sama isterinya Dr Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula dan nombor ahli beliau dikekalkan 0000001.

'Sumbangan' terbesar semasa pemerintahan beliau pada saat gentir itu yang satu dunia tidak pernah lupakan ialah pendakwaan terhadap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim didakwa atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa sehinggakan berlakunya pemecatan kepada Anwar sekaligus menyebabkan Anwar ditahan di penjara sehingga ke hari ini. 

Namun Anwar mendakwa bahawa beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan Dr Mahathir serta orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut. Anwar juga turut merayu untuk kes tersebut dipertimbangkan tetapi setiap siasatan menunjukkan kes beliau adalah benar. Krisis itu telah membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai 'Gerakan Reformasi' dan begitulah tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Namun begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut dan hampir pupus pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila hanya memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah.

Namun pada hari ini, Dr Mahathir yang dilabelkan sebagai seorang 'pembelot' oleh penyokong beliau dahulu itu kini telah duduk sama bangku bersama 'musuh' beliau suatu masa dahulu iaitu Anwar, Lim Guan Eng dan lain-lain barisan pembangkang.

Baru-baru ini juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata Dr Mahathir perlu mengingat semula apa yang pernah beliau katakan kepada rakyat dahulu kerana perbuatannya kini tidak mencerminkan pendiriannya ketika beliau menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Rakyat perlu menilai sendiri perbuatan Dr Mahathir. Adakah golongan seperti ini patut diberi sokongan dalam pilihanraya akan datang? Saya beranggapan Dr Mahathir terperangkap apabila tidak memegang plakad menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri ketujuh pada Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12," katanya kepada media selepas melancarkan Iftar@KL 2017 tempoh hari.

Jadi, admin turut menyeru untuk sahabat semua menilai sejarah serta 'sumbangan' beliau kepada kita pada hari ini.

SUMBER: Mahathir Mohamad 

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016