Apa Kata Mas Ermieyati?


KUALA LUMPUR : Baru-baru ini kecoh diperdebatkan di dalam media laman sosial mengenai Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyokong program Sisters In Islam (SIS), dan berikut adalah kenyataan daripada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin.

Rakan Puteri berpendapat bahawa kenyataan YB Datuk Mas Ermieyati amat 'solid', padu, lengkap dan mudah untuk difahami.
_________________________________________________________________________________

KENYATAAN KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA


Banyak pihak yang bertanya kepada saya selaku Ketua Puteri UMNO Malaysia kenapa bekerjasama dengan Sisters In Islam bagi Program "Rock Solid Pink Run" yang akan diadakan pada 30.7.2017 nanti.  

Natassia Roslan ialah exco PPUM yang mengetuai biro Perundangan dan NGO. Program ini adalah merupakan usaha beliau dalam usaha Pergerakan Puteri UMNO MAlaysia menyokong kempen kesedaran terhadap isu keselamatan dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak. Banyak NGO yang telah dilamar untuk bersama dengan PPUM bagi tujuan kempen ini. 

Suka saya mengingatkan kepada semua, sewaktu isu ini dibahaskan di Parlimen, semua ahli parlimen, tidak kira Parti telah sebulat suara, seia sekata menyokong kepada usaha merealisasikan kempen dan Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak.

Di atas semangat yang sama, Biro Perundangan dan NGO Puteri UMNO Malaysia merapatkan kerjasama dengan NGO-NGO di Malaysia untuk turut tampil dan menyokong kempen tersebut melalui larian ini tanpa mengira kulit, fahaman, kaum, agama dan ideologi.

Saya juga ingin MENEKANKAN DISINI, BAHAWA INI TIDAK BERMAKNA, apabila kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan SIS dibuat (bagi tujuan Pink Solid Run), PUTERI UMNO Juga turut bersetuju atau atau seia pendapat dalam hal-hal lain yang dinyatakan oleh SIS sebelum ini. 

Sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, saya mengajak semua rakyat Malaysia termasuk NGO-NGO lain yang peduli tentang isu ini untuk turut serta bersama kami dan perjuangkan Isu keselamatan dan penderaan seksual kanak-kanak ini. Ketepikan perbezaan, kita cari titik persamaan. Agar Jenayah ini dapat kita hentikan. 

DEMI ANAK-ANAK KITA.
#Puteripeduli

MAS ERMIEYATI SAMSUDIN
KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA


_________________________________________________________________________________

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016