Kempen #QuranHour Malaysia 2017 Bukan Sekadar Kempen

Image may contain: 1 person, sitting

MALAYSIA : Hari ini, pada tanggal 19 Jun 2017 bersamaan 24 Ramadhan 1438 berlangsungnya Kempen #QuranHour di semua negeri seluruh Malaysia. 

Kempen yang berlangsung selama sejam ini menggalakkan umat Islam di seluruh negara mahupun warga Malaysia di luar negara untuk mengambil sedikit masa, bila-bila masa yang dikehendaki masing-masing untuk berinteraksi dengan Kitab Suci Al-Quran.

Pada tahun 2016, lebih daripada 100 buah negara dan ratusan persatuan gabungan Muslim daipada Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengambil bahagian dan memberi maklum balas positif untuk sama-sama menjalankan kempen ini.

Ditekankan juga bahawa kempen ini bukan kempen bermusim, malah ianya adalah salah satu cara untuk membentuk tabiat setia dengan kitab suci ini. Malahan ramai yang menyangka ia adalah program bersifat sekali setahun dan hanya membaca Al-Quran ketika kempen sahaja.

Admin tegaskan di sini bahawa kempen #QuranHour 2017 ini adalah untuk memberi persekitaran kepada semua umat Islam di Malaysia mencuri sedikit masa untuk berinteraksi dengan Al-Quran, membaca, memahami dan mengamalkan ajarannya.

Pada hari ini, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) Putrajaya hari ini bergema dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada lebih 5,000 umat Islam yang menyertai kempen ini. Para hadirin yang memeriahkan kempen ini termasuk para pelajar, para pekerja, media-media dan para NGO di sekitar Wilayah Persekutuan.

Malah, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin juga turut mengajak barisan Puteri UMNO Malaysia untuk mengimarahkan kempen ini dan hampir semua bahagian dalam negeri-negeri di Malaysia menyahut ajakan beliau. Dikhabarkan juga para sahabat yang bertugas di luar negara juga turut bersama-sama dalam kempen ini.

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016