Kehilangan besar kepada negara - Mas Ermieyati Samsudin


Ucapan Takziah kepada 'Wanita Besi' Malaysia

Saya mewakili Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Ahli Puteri di seluruh Malaysia ingin melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada ahli keluarga allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid di atas pemergian beliau di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur petang tadi.

Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar kepada negara khususnya kepada wanita sebagai sumber inspirasi penting dan kekuatan sehingga diberi gelaran 'Wanita Besi' kerana berjaya menembusi bidang perniagaan yang didominasi lelaki sekaligus menjadikan beliau di antara ikon wanita yang disegani di negara kita.

Teringat saya dalam satu pertemuan bersama beliau sewaktu program Dialog TN50 bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tempoh hari. Ia adalah merupakan pertemuan kali terakhir dan paling manis kerana kami sempat berfoto kenangan. Seperti biasa, beliau sentiasa menunjukkan perwatakan ceria dan peramah apabila disapa.

Sekali lagi, bagi pihak Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Ahli Puteri di seluruh Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid.


4 Oktober 2017
YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016