Skip to main content

PRU14: 400,000 ahli Puteri UMNO sudah bersedia

KEPALA BATAS 30 Okt. - Pergerakan Puteri UMNO yakin lebih 400,000 ahlinya bersedia membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke -14.


Ketuanya,  Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ketika ini sayap berkenaan telah memperkasakan gerak kerja untuk mendekati pengundi wanita berusia 40 tahun ke bawah dan menyampaikan aspirasi parti.


"Di Pulau Pinang pula, seramai 15,000 ahli Puteri UMNO akan memberi komitmen tinggi dan membantu mempertahankan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen yang dimenangi di samping turut mengintai beberapa kawasan baharu yang berpotensi," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat bersama lebih 700 ahli Puteri UMNO negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Timbalannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. - UTUSAN ONLINE

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016