Selfie Raya dan Menang!!!

RAIKAN KEGEMBIRAAN RAYA ANDA DENGAN SERTAI JOM SELFIE RAYA!!!

Raya datang lagi!!! Admin pasti anda masih lagi berada di kampung bergembira bersama sanak saudara dan rakan taulan meraikan hari yang mulia ini. Di tambah lagi dengan menikmati juadah enak seperti rendang, lemang, ketupat dan lain-lain. Tapi sambil beraya tu jangan lupa jaga kesihatan dan keselamatan anda. Makan sekadar untuk kenyang dan jangan berlebih-lebihan ye.

Mana yang dirisik dan merisik tu, admin nak ucapkan tahniah. Maklumlah ramai yang ambil kesempatan di hari raya ni untuk membina masjid. Tahniah admin ucapkan. Semoga berkekalan dan berjaya membina sebuah mahligai yang indah. Chewah...



Tapi sebelum terlupa, admin nak #throwback semula pertandingan selfie raya yang admin pernah kongsikan dalam posting sebelum ni. Boleh rujuk gambar di sebelah ni. Hadiah yang di tawarkan juga lumayan dan jangan lepaskan peluang anda untuk menang.

Mudah je. Ikut syarat-syarat penyertaan yang tertera dalam poster di sebelah ni. Gunakan handphone anda sahaja. Mana tahu rezeki anda menang tahun ini.

Jangan lepaskan peluang ini ye. Tarikh penyertaan hanya sehingga 07 Julai 2016. Jumpa di sana nanti ye!!!



Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016