WOW!!! RUMAH TERBUKA KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA



Rumah Terbuka yang bertemakan Festival Citra Rasa Tradisional Aidilfitri, dekat je Kampung

Masjid Tanah, 9 Julai 2016 - Rumah terbuka yang bertemakan “Citra Rasa Tradisional Aidilfitri, dekat je Kampung” itu telah dihadiri oleh kira-kira 13, 000 pengunjung yang terdiri daripada penduduk di kawasan parlimen Masjid Tanah dan Melaka, wakil-wakil daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta agensi-agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, wakil-wakil  Pergerakan Puteri UMNO serta pengunjung yang datang dari luar Melaka.

Turut memeriahkan majlis rumah terbuka ini adalah Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka dan isteri, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir. Hj Idris Hj Haron dan isteri serta YB Senator Tan Sri Mohd Ali Bin Mohd Rustam yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka. Tidak dilupakan juga dif-dif kehormat yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka ini. Tidak dapat admin ukirkan
namanya satu persatu.

Antara Tetamu Kehormat Yang Hadir : Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka & Isteri ; YAB Datuk Seri Ir, Hj Idris Hj Haron & Isteri

Tetamu Rumah Terbuka tidak melepaskan peluang bergambar bersama Tuan Rumah, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Hj Samsudin dan YB Senator Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) merangkap mantan Ketua Menteri Melaka

Kehadiran Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka & Isteri di sambut meriah oleh tetamu rumah terbuka

Bagi memeriahkan lagi sambutan rumah terbuka Syawal pada kali ini, pertandingan Selfie Foto Raya telah dianjurkan dengan #balikrayamasjidtanah. Pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat dengan penyertaan banyak 302 yang diperoleh menerusi laman sosial facebook dan instagram. 5 pemenang bertuah telah dipilih daripada penyertaan tersebut:


Johan Selfie Foto Raya
@nasyrah.roslan (Instagram)
Naib Johan Selfie Foto Raya
Aine Melan (Facebook)

Ketiga Selfie Foto Raya
Farah Nasuha (Facebook)


Keempat Selfie Foto Raya
Zmah Eziem (Facebook)

Kelima Foto Selfie Raya
Alif hamid (Facebook) alif.hamid (instagram)

Selain itu  pertandingan Pelita Raya atau dikenali juga sebagai Panjut Raya yang di anjurkan oleh  Parlimen Masjid Tanah, Melaka dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Melaka adalah satu keunikan pada Syawal kali ini Yang telah dimenangi oleh :

                                        Tempat Pertama       :           Kg Paya Lebar
                                        Tempat Kedua          :           Kg Brisu
                                        Tempat Ketiga          :           Kg Melekek Luar


Kemeriahan rumah terbuka kali ini tidak terhenti di situ sahaja malah turut diperdengarkan medley lagu-lagu raya dengan penari-penari yang di bawa khas dari Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Melaka. Pelbagai kiosk yang menghidangkan makanan dan minuman di buka khas untuk para pengunjung. Cuaca pada malam majlis terbuka ini adalah sangat baik dan menambahkan lagi keriangan para pengunjung. Pengunjung juga tidak melepaskan peluang menyaksikan nyanyian persembahan Ameng yang mendendangkan beberapa buah lagu. Majlis ini berakhir kira-kira jam 11.00 malam.




Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016