Istimewanya Awal Muharram

Awal Muharram atau juga dikenali sebagai Maal Hijrah merupakan suatu hari yang amat penting bagi umat Islam. Sesuai dengan nama 'Maal Hijrah', diambil dari peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi sekaligus menjadikan peristiwa ini sebagai satu tarikh sejarah bagi umat Islam iaitu pada 1 Muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun, Tahun Hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Muharram. Merupakan bulan pertama dari 12 bulan Islam dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriyah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu bulan di mana Allah S.W.T melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian, larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (QS Al-Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam noleh melaksanakan tugas dan ibadah harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah S.A.W telah menamakan bulan Muharram sebagai 'Bulan Allah (Shahrullahi)'.

Berkata Al-Hassan Al-Basri rahimahullah: "Sesungguhnya ALLAH S.W.T telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan Bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah S.W.T itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan Bulan ALLAH yang khas disebabkan besar kehormatannya."
Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriyah)


1 Muharram. Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradihma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul dalam membentuk kerajaan dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam tersebar di merata dunia sepertinya hikmahnya pada hari ini.

Di Malaysia, hari tersebut merupakan hari keagamaan, malahan pula umat Islam akan mengadakan solat sunat di masjid masjid di seluruh negara sekaligus diberi cuti umum bagi menghormati dan memperingati peristiwa itu. Walaupun diberi hari cuti umum, tetapi terdapat juga beberapa aktiviti keagamaan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia seperti perarakan yang dialunkan dengan alunan zikir supaya sama sama saling mendoakan kesejahteraan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Malah, terdapat beberapa tarikh puasa di bulan Muharram ini di mana luar biasa fadhilatnya. Pada tahun ini 2016, tarikh tarikh yang penting dan digalakkan untuk berpuasa adalah seperti berikut;

☝ Isnin, 9 Muharram (10 Oktober) puasa Tasu'a
☝ Selasa, 10 Muharram (11 Oktober) Puasa 'Asyura
☝ Rabu, 11 Muharram (12 Oktober) Puasa ba'da 'Asyura
☝ Khamis, 12 Muharram (13 Oktober) Puasa Sunnah Kamis (hari diangkat/dilaporkannya amalan)
☝ Juma'at, 13 Muharram (14 Oktober) Puasa Ayyamul Bidh
☝ Sabtu, 14 Muharram (15 Oktober) Puasa Ayyamul Bidh
☝ Ahad, 15 Muharram (16 Oktober) Puasa Ayyamul Bidh
☝ Isnin, 16 Muharram (17 Oktober) Puasa Sunnah Isnin (diangkatnya/dilaporkannya amalan)

Terdapat banyak fadhilat puasa 'Asyura yang mana jatuh pada 10 Muharram tahun Hijriyah yakni pada 11 Oktober tahun Masihi. Bertanya para sahabat: "Wahai Rasulullah, apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari lain?" Sabdanya:
  • Diciptakan langit, bintang dan sebagainya
  • Diciptakan gunung-ganang
  • Diciptakan lautan
  • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amalan manusia)
  • Diciptakan Papan Tulis (Luh Mahfuz)
  • Diciptakan Malaikat Jibrail
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari Penjara
  • Diciptakan Adam A.S
  • Dimasukkan Adam A.S ke dalam syurga
  • Dilahirkan Ibrahim A.S
  • Diselamatkan Ibrahim A.S dari Api Namrud
  • Diselamatkan anaknya Ismail A.S dari sembelihan
  • Ditenggelamkan Fir'aun
  • Diampunkan dosa Daud A.S
  • Dilahirkan Isa A.S
  • Dikeluarkan Idris A.S daripada perut ikan Nun
  • Disembuhkan penyakit Ayub A.S
  • Diangkat Isa A.S ke langit
  • Diterima tahta kerajaan kepada Sulaiman A.S 
  • Diciptakan Arasy
  • Awal awal hujan yang turun dari langit
  • Awal awal rahmat diturunkan
  • Diselamatkan bahtera Nuh A.S daripada tenggelam
Abu Al-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:
"Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (yakni 10 Muharram), maka ALLAH S.W.T akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat dan barangsiapa berpuasa pada hari Asyura, maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid, dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka ALLAH S.W.T akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Asyura, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad S.A.W dan mengenyangkan perut mereka".

SUBHANALLAH. Terdapat berjuta banyaknya fadhilat-fadhilat dan peristiwa-peristiwa pada bulan ini. Betapa ALLAH sayangkan hamba-hambaNYA dengan memberikan pelbagai 'hadiah' kepada hambaNYA yakni Umat Muhammad S.A.W. Semoga ALLAH S.W.T melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNYA untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan bulan ini dengan beribadat kepadaNYA. Aamiin Ya Rabb Al Aamiin.

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016