BR1M, Dasar Gaji Minimum Bantu Capai Objektif Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 27 DIS 2016 : Bantuan Rakyat 1Malaysia bukanlah sesuatu yang haram atau rasuah atau menyalahi undang-undang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Image result for rahman dahlan


Beliau berkata program pemindahan wang secara terus seperti BR1M adalah perkara biasa di berpuluh-puluh negara lain di seluruh dunia.

"Sungguh mengecewakan apabila pengerusi Partii Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad terus berkeras menyatakan bahawa BR1M adalah rasuah. Kali ini, Dr Mahathir mendakwa BR1M menyalahi undang-undang," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin malam.

Selain BR1M, katanya, Dr Mahathir juga mengkritik Dasar Gaji Minimum dan perbuatan itu merupakan penghinaan terhadap berjuta-juta rakyat Malaysia yang mendapat manfaat daripada dasar itu setiap tahun.

"Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir merupakan penyokong kuat BR1M sebelum ini. Adakah Dr Mahathir menuduh mereka (Muhyiddin dan Mukhriz) juga terlibat dengan rasuah?

"Walaupun dasar kerajaan tidak habis-habis diserang, kerajaan akan terus melaksanakan dasar dan strateginya seperti BR1M, Dasar Gaji Minimum dan dasar lain termasuk dasar mengenai Bumiputera yang tegas, tetapi adil," kata beliau.

Abdul Rahman berkata dasar yang dilaksanakan kerajaan akan terus memacu pertumbuhan Malaysia serta memastikan tiada rakyat yang ketinggalan.

Oleh itu, Barisan Nasional (BN) tidak akan memohon maaf apabila ia menyasarkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih adil dan teguh, katanya.

Menurutnya BR1M adalah langkah, yang antara lain, bertujuan untuk membantu mengagihkan semula cukai yang diterima daripada kumpulan berpendapatan lebih tinggi kepada isi rumah yang berpendapatan bawah 40 peratus.

Beliau berkata ia adalah suatu dasar yang digubal untuk memindahkan kekayaan negara kepada kumpulan B40 (isi rumah berpendapatan rendah).

"Dasar Gaji Minimum pula bertujuan memastikan gaji berpatutan diberi kepada pekerja yang dibayar upah paling rendah di negara ini. Ia juga boleh membantu dengan berkesan dalam mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja bukan rakyat Malaysia dan pada waktu sama, memberi maruah kehidupan kepada pekerja peringkat paling bawah.

"Dasar seperti ini menjadi sebahagian daripada Program Transformasi Negara kita yang akan membolehkan Malaysia mencapai objektif utama yang amat penting bagi kesejaheraan negara kita,"katanya.

Abdul Rahman berkata BR1M dan Dasar Gaji Minimum telah membantu usaha kerajaan mengimbangkan semula ekonomi serta memakmurkan ekonomi domestik.

Ia juga membantu melindungi Malaysia daripada kemeruapan ekonomi global dan menjadikan ekonomi Malaysia labih teguh, katanya.

"BR1M membantu usaha terancang kita untuk mengagihkan kembali pendapatan serta merangsang ekonomi luar bandar.

"Walaupun mengalami pertumbuhan yang lebih perlahan dan kejatuhan harga komoditi global, Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) meningkat kepada 4.3 peratus pada suku ketiga. Ini menunjukkan bahawa usaha kita berhasil," katanya.

Abdul Rahman berkata dasar itu turut membantu menambah baik kesetaraan pendapatan.

Dengan memetik statistik Unit Perancang Ekonomi (EPU), beliau berkata median pendapatan kasar bulanan isi rumah rakyat Malaysia bertambah kepada RM4,585 pada 2014 daripada RM2,830 pada 2009, meningkat sebanyak RM1,755 atau pertumbuhan 62 peratus dalam tempoh lima tahun.

"Pertumbuhan ini jauh lebih tinggi berbanding tempoh lima tahun dari 1984 hingga 1989 ketika pentadbiran Dr Mahathir, di mana pendapatan median hanya berkembang sebanyak RM95 atau 13.5 peratus.

"Bagi isi rumah Bumiputera, pendapatan median berkembang lebih pantas daripada purata kebangsaan dan mencatat pertumbuhan sebanyak 66 peratus antara 2009 dan 2014, dari RM2.531 kepada RM4,214 sebulan," katanya.

Abdul Rahman berkata peningkatan pendapatan median itu dicatat dalam tempoh lima tahun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding peningkatan RM96 (pertumbuhan sebanyak 16.5 peratus) antara 1984 hingga 1989 semasa pentadbiran Dr Mahathir.

"Malah, ia juga mengatasi pendapatan media isi rumah Bumiputera sebanyak RM1,112 bagi keseluruhan tempoh 18 tahun antara 1984 hingga 2002 semasa Dr Mahathir berkuasa. Kejayaan dasar kerajaan sejak 2009 juga terpamer melalui Koefisien Gini Malaysia, yang mengukur kesetaraan pendapatan.

"Lebih rendah koefisien ini bermakna lebih rendahlah kadar ketaksamaan pendapatan," katanya.

(Koefisien Gini, angka di antara '0' dan '1', digunakan secara meluas, dan merupakan suatu ukuran mudah dan berkesan mengenai ketaksamaan. Nilai '0' menunjukkan kesetaraan lengkap, manakala '1' menunjukkan ketaksamaan lengkap.)

Abdul Rahman berkata bagi tempog 2009 hingga 2014, nisbah Gini bagi seluruh Malaysia menurun daripada 0.441 kepada 0.401 - penurunan sebanyak 0.40.

"Ini merupakan penambahbaikan yang lebih besar berbanding penurunan sebanyak 0.21 dari 1984 hingga 2004, apabila kadarnya ialahh 0.462.

Penambahbaikan mengagumkan juga terpamer dalam segmen Bumiputeta dan dalam merapatkan jurang perbezaan di antara bandar dan luar bandar," katanya. -BERNAMA

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016