Selamat Datang 2017

PUTRAJAYA, 1 JAN 2016 : Hari ini merupakan hari pertama kita berada di dalam tahun 2017. Kesempatan ini, Rakan Puteri mengajak saudara saudari semua untuk memanjatkan kesyukuran di atas dipanjangkan usia sempena Tahun Baru ini. Selamat datang 2017.

Di samping kita bergembira menyambut tahun baru ini, pesanlah kepada diri agar sentiasa memikirkan juga nasib saudara kita di Negeri Negeri yang dilanda musibah banjir dan seumpama dengannya. 

Tetapi ini tidak membantutkan hasrat mereka untuk terus semangat dan mara ke hadapan dengan pemikiran yang lebih positif.

Ada juga di antara kita yang menerima cahaya mata di tanggal 1 Januari ini. Ada juga yang melangsaikan 'hutang' aku terima nikahnya. Malah ada juga keluarga yang kehilangan ahli yang tercinta.

Pelbagai rintangan 2016 kita tempuh bersama juga cukup mematangkan kita daripada bertindak dengan lebih mudah untuk masa mendatang.

Terima kasih kepada saudara saudari yang setia bersama Rakan Puteri sepanjang tempoh Rakan Puteri ditubuhkan. Semoga kita mampu mengekalkan perjuangan kita dan menambahbaik apa yang perlu ditambahbaik.

Sama sama kita belajar dan sama sama kita mengajar.

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016