Ketua Puteri UMNO Malaysia Menggalak Golongan Wanita Menceburi Bidang Perniagaan

26 FEB 2017, SHAH ALAM: YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin dalam ucapan beliau, memberi galakan sepenuhnya kepada golongan wanita untuk menceburi bidang perniagaan semasa merasmikan Majlis Perasmian Aidijuma & Hijabista di sini hari ini.

YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin semasa merasmikan majlis yang bertemakan "Largest Fans with Scarf".

YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin dijemput oleh Datin Norjuma sendiri untuk merasmikan Majlis Perasmian Aidijuma & Hijabista bertemakan "Largest Fans with Scarf" di Kumpulan Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam.

"Saya sendiri pun antara peminat tudung Adijuma. Apa yang boleh dilihat daripada produk Adijuma itu sendiri merupakan apresiasi seorang adiwanita, yang ingin memberi kembali kepada wanita."

"Bidang perniagaan kini semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita. Realitinya, industri tudung mampu pergi jauh dan ia telah dibuktikan dengan adanya beberapa ramai jutawan senyap."

"Ini menunjukkan walaupun Malaysia sedang mengalami keadaan nilai matawang yang agak mencabar, tetapi usahawan di Malaysia tumbuh bagai cendawan untuk mencapai impian mereka dalam perniagaan dan pada yang sama memenuhi keinginan pengguna dan masyarakat."

"Hal ini hanya membuktikan tiada yang mustahil untuk wanita selagi mereka berusaha keras dan tidak pernah putus asa terhadap sebarang cabaran yang mendatang", kata YB Mas Ermieyati setelah melihat akan kejayaan yang dimiliki oleh Datin Norjuma.

Beliau yang juga mengenakan rekaan Aidijuma Scarf pada majlis turut menarik perhatian para hadirin mengenai pemerkasaan wanita di negara yang sudah berada di tahap yang baik dan usaha-usaha ke arah memperbaiki status wanita terutamanya dalam sektor kerajaan menunjukkan peningkatan yang baik.

Malah, beliau turut mengingatkan bahawa bertudung itu bukan hanya untuk berfesyen tetapi juga harus mengikut syariat, "maka dengan itu, penganjuran kolaborasi Aidijuma dan Hijabista ini diharapkan memberikan mesej kepada masyarakat di luar sana, bahawa memakai tudung bukan sahaja sekadar memakai, tapi memakai dengan penuh bangga dan santun serta juga menjaga pekerti."

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016