Pelancaran Jentera Puteri UMNO Sabah


SANDAKAN, 22 APRIL 2017 : Semangat kesatuan, kesepaduan, kesepakatan dan kerjasama dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah kekuatan penting yang membolehkan parti ini sentiasa mengekalkan kemenangan dalam setiap Pilihan Raya Umum (PRU).


Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Musa Aman, berkata dalam ucapan semasa merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Puteri UMNO Sabah di Dewan Sri Libaran sebentar tadi bahawa rakyat Sabah adalah pengundi yang bijak dan akan memilih parti yang mampu menunaikan janji dan tidak menipu rakyat.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin bersama beberapa EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia turut menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Puteri UMNO Sabah tersebut. 

Di samping turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin serta Ketua Puteri UMNO Sabah, Normala Rasik.

Dinyatakan lebih 1,500 ahli Puteri UMNO dari 25 bahagian di Sabah berkumpul dalam program itu.

Datuk Seri Musa berkata, selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, beliau mengakui kepentingan tiga sayap iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri untuk membantu mengekalkan kemenangan.

"Kita perlu terus bekerja, turun padang dan perkukuhkan perjuangan untuk berdepan cabaran pada PRU-14... jangan dengar hasutan pemimpin yang kecewa dan sudah tak berjawatan," katanya.

Sementara itu, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati turut mengingatkan ahli Puteri agar menggunakan segala sistem penyampaian dan maklumat untuk menerangkan serta memperbetulkan apa juga isu kepada golongan muda agar tidak berasa sangsi terhadap UMNO.

Menjelang PRU-14 nanti, pergerakan Puteri UMNO perlu menunjukkan prestasi dengan bekerja keras dan saling bekerjasama serta mengetepikan ego bagi memastikan kejayaan besar milik Barisan Nasional dan UMNO.

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016