Tiga Sayap Utama Barisan Nasional Bergabung dalam Satu Jalinan


KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2017 : Tiga jentera sayap utama Barisan Nasional, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia serta Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bergabung di dalam Jalinan Rakyat (JR) Plus yang dilancarkan oleh Pengerusi BN, Dato Seri Najib Razak.

Majlis Pelancaran JR Plus ini dilancarkan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 4 petang ini turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Bendahari BN Datuk Seri Salleh Said Keruak. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Presiden MIC Datuk Seri SK Devamany serta kepemimpinan tertinggi komponen BN lain turut hadir bersama. Pemimpin ketiga-tiga sayap ini turut berdiri megah bersama-sama kepimpinan yang lain, Ketua Wanita BN Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Puteri BN, Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsuddin dan Ketua Pemuda BN, YB Khairy Jamaluddin.

JR Plus yang julung kali menggabungkan peranan dan semua kekuatan sayap BN ini dihadiri oleh kesemua penyokong BN dari seluruh Malaysia tidak kira bangsa dan agama tidak kurang dari 5,000 hadirin. Malah tidak terdapat ruang sama sekali di dalam Dewan Merdeka dan ada yang sanggup berdiri di sebalik pintu akibat kepadatan yang membanjiri dewan majlis.

JR Plus ini juga merupakan usaha bagi mentransformasikan jentera JR UMNO yang dilancarkan oleh Dato Najib yang juga Presiden UMNO pada 7 Ogos 2009 yang pada masa itu hanya fokus kepada wanita UMNO sahaja. Tetapi ianya diperluaskan lagi kepada kesemua sayap yang ada.

Majlis yang bermula pada jam 4 petang itu dimeriahkan lagi dengan bergemanya nyanyian lagu negaraku, lagu UMNO serta lagu BN dan disusuli majlis ucapan oleh Tan Sri Shahrizat dan diikuti dengan ucapan Dato Najib bagi melancarkan majlis.

Tan Sri Shahrizat ketika memulakan ucapan menyifatkan JR dan JR Plus sebagai unit ketenteraan berskala besar bukan sahaja kepada UMNO tetapi juga komponen BN di semua peringkat di seluruh negara termasuk Barisan Nasional di Sarawak.

Beliau juga menyifatkan para pembangkang hanya mampu menggunakan 'keyboard warrior' mereka dalam memfitnah dan tidak berupaya untuk turun ke padang seperti yang dilakukan oleh JR BN yang lebih fokus dan sistematik. Tan Sri Shahrizat juga memaklumkan keanggotaan JR sebelum ini sudah mencecah 250, 000 orang.

Menurut beliau juga JR Plus akan menjadi gerakan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat termasuk segala usaha yang dilakukan oleh BN dalam menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum. Malah JR Plus juga pelengkap kepada pembentukan sebuah jentera PRU BN yang lebih besar yang bakal mendepani PRU pada bila-bila masa sahaja.

YB Khairy menerusi video ketika pelancaran JR Plus memaklumkan 60,000 kekuatan sayap pemuda BN akan digerakkan di bawah JR Plus bagi menyusun gerak kerja PRU. Dan YB Datuk Mas Ermieyati pula berkata, JR Plus adalah pendekatan yang holistik diambil UMNO dan BN yang memerlukan kerjasama tinggi dan gerak kerja bersama dalam memastikan kemenangan BN dalam PRU pada masa akan datang dan seterusnya.

Admin Rakan Puteri juga sebulat suara yakin akan usaha bersama ini mampu untuk membawa kejayaan hebat kepada Barisan Nasional di dalam memimpin rakyat Malaysia pada masa kini, akan datang dan selamanya.

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016