Lawatan kerja ke China dimulakan dengan berkunjung ke Alibaba di Hangzhou. Perdana Menteri Malaysia diberi taklimat tentang kemampuan syarikat tersebut dalam bidang ekonomi digital. Nilai urusniaga Alibaba pada tahun 2016 telah mencapai 3 trilion yuan atau lebih RM1.9 trilion dalam masa hanya 13 tahun. Alibaba menjangkakan pada tahun 2020, nilai urusniaga akan mencecah 6 trilion yuan atau kira-kira RM 3.8 trilion!

Ini adalah satu pencapaian yang hebat dan melalui usahasama yang diwujudkan, industri perusahaan di Malaysia akan menerima manfaat yang besar melalui Digital Free Trade Zone.

Alibaba akan mewujudkan Alibaba Cloud di Malaysia di mana big data bagi Alibaba untuk rantau Asia Tenggara akan ditempatkan di Malaysia. Ini tentunya akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak-anak kita serta memudahkan proses pemindahan kepakaran. Perdana Menteri turut menyampaikan MSC Status Certification kepada pihak Alibaba.

Alhamdulillah, Perjanjian Persefahaman antara Malaysia Digital Economy Corporation, Hangzhou Municipal Government dan Alibaba (China) Company Limited juga telah berjaya ditandatangani. Perjanjian yang bertujuan untuk menjayakan hubungan antara Digital Free Trade Zone dan Hangzhou ini akan memberi kita akses kepada e-commerce melalui Hangzhou sebagai hub di negara China.

Perdana Menteri yakin dengan kewujudan Digital Free Trade Zone ini, perusahaan sederhana dan kecil di Malaysia akan dapat dimajukan lagi terutamanya online business dalam bidang pengeksportan ke negara China. Perdana Menteri turut menyeru pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana untuk tidak lepaskan peluang ini dan jadilah lebih proaktif dalam mengembangkan perniagaan.

Sebagai permulaan, regional fulfilment hub akan dilancarkan pada bulan Oktober depan dan pihak MDEC sedang memilih 1,500 syarikat yang mempunyai produk-produk yang sesuai untuk mengambil bahagian dalam pengendalian platform Alibaba ini. Ini akan sekaligus dapat membantu mereka memperkasakan lagi penetration mereka di China, pasaran yang mempunyai lebih 1 bilion pengguna!

Secara keseluruhannya, ini adalah satu langkah yang tepat dalam memberi rangsangan yang cukup bermakna kepada SMEs di Malaysia untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Insya-Allah.

Sumber : NR

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

Ulangtahun Ke-15 Tahun Pergerakan Puteri UMNO Malaysia