Mas Ermieyati Mahu Puteri UMNO Perlu Lebih Komited Untuk Dekati Rakyat
MELAKA : Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin mahu anggota sayap itu terus komited dalam merealisasikan aspirasi kerajaan dan meningkatkan usaha usaha mendekati rakyat.
Justeru beliau menggesa anggota Puteri UMNO memanfaatkan bulan Ramadhan untuk turun padang mendekati golongan sasar dan menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Justeru beliau menggesa anggota Puteri UMNO memanfaatkan bulan Ramadhan untuk turun padang mendekati golongan sasar dan menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan.
"Dekati bukan hanya golongan muda tetapi semua lapisan masyarakat," katanya kepada pemberita pada program Agihan Bubur Lambuk Pelancongan di Masjid Al-Azim, Bukit Palah.
Pada majlis itu, Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mengagihkan 1,700 peket bubur lambuk kepada orang ramai di masjid tersebut.
Mengulas perkembangan lain, beliau berkata pelaksanaan Cukai Pelancongan bermula bulan depan bertujuan menambah baik sektor pelancongan terutama dari segi perkhidmatan bukan untuk membebankan rakyat.
Mas Ermieyati juga berkata pelaksanaan cukai itu bermula 1 Julai ini tidak akan menjejaskan sektor perhotelan.
"Justeru, orang ramai tidak perlu khuatir dengan (pelaksanaan) cukai tersebut kerana ia dilaksanakan setelah mengambil kira pelbagai faktor dan bukanlah bertujuan untuk membebankan.
"(Malah) ia juga membolehkan pelancong untuk memilih alternatif penginapan lain termasuk tinggal di inap desa yang tidak dikenakan cukai berkenaan berbanding menginap di hotel," katanya.
BERNAMA