Najib Razak Ajak Cari Lailatul Qadar


KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengajak umat Islam menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan dengan mengejar keberkatan serta mencari keredhaan di Lailatul Qadar yang hanya ada dalam bulan mulia ini sahaja.

10 malam terakhir Ramadhan tahun ini kini menjelma, antara tidak sedar sudah 20 hari kita berpuasa. Kebiasaannya, pada malam 10 terakhir ini, para penduduk di muka bumi ini sudah tidak sabar menanti tibanya Syawal. Tetapi ada juga di antara kita yang sedih meninggalkan bulan keberkatan ini, terutama dalam mengejar Lailatul Qadar.

Datuk Seri Najib Razak juga mengingatkan supaya tidak ghairah dalam menyambut ketibaan Syawal yang dijadualkan 25 Jun ini, tanpa sedikit pun melupakan tanggungjawab kepada yang Maha Esa.

"Saya berharap kita tidak alpa akan peluang yang diberikan oleh ALLAH S.W.T sekali lagi, untuk kita menghidupkan sepuluh malam terakhir Ramadhan ini.

"Janganlah kita tenggelam dalam keghairahan menyambut Syawal kerana kita mungkin akan terlepas malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar," katanya seperti yang dikongsi dalam catatan beliau di https://www.najibrazak.com/ .

Dalam catatan yang sama, Najib turut berkongsi salah satu doa yang boleh dibaca sebagai satu usaha untuk menemui Lailatul Qadar yang berbunyi;

"Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maka maafkanlah aku." (Riwayat Tirmidzi)

Beliau juga mengajak umat Islam perbanyakkan amalan ketika mencari Lailatul Qadar seperti ibadah sunat solat, membaca Al-Quran, bertasbih, takbir, istighfar, selawat, tahmid dan berdoa.

"InshaAllah, marilah kita menyempurnakan ibadat kita di bulan Ramadhan ini dengan mencuba mendapat keberkatan Lailatul Qadar," katanya.

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

Ulangtahun Ke-15 Tahun Pergerakan Puteri UMNO Malaysia