Mansuhkan cukai ke atas setiap katil dahulu - Mas Ermieyati Samsudin


ALOR GAJAH - Pembangkang seharusnya memansuhkan cukai yang dikenakan ke atas setiap katil di Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum bermimpi untuk menghapuskan Cukai Pelancongan yang akan dilanksanakan kerajaan Ogos depan.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ini wujud ketidak sehaluan dalam pembangkang apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenakan Cukai Katil terhadap setiap pelancong yang bermalam di negeri itu, sedangkan individu terbabit juga antara yang pernah membangkang Cukai Warisan yang diperkenalkan di Melaka satu ketika dahulu.

Menurutnya, sewajarnya pembangkang memansuhkan terlebih dahulu cukai tersebut memandangkan Cukai Pelancongan yang akan kerajaan perkenalkan pada 1 Ogos ini bagi memberi manfaat serta merancakkan lagi sektor pelancongan di negara ini.

"Dia nak cakap tentang cukai, tapi Lim Guan Eng sewaktu kerajaan Melaka buat cukai warisan dia antara paling ketara bersuara.

"Bila dia memerintah, dia pula buat cukai setiap katil di Pulau Pinang..apa yang kerajaan lakukan ini untuk membantu industri pelancongan supaya boleh pulang semula ke sektor itu untuk industri ini boleh bersaing dan setanding negara lain," katanya.

Mas Ermieyati berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mencadangkan Akta Cukai Pelancongan dimansuhkan, jika Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Sumber : Sinar Harian

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

Ulangtahun Ke-15 Tahun Pergerakan Puteri UMNO Malaysia