Puteri UMNO Hantar Ramai Calon Wanita Untuk PRU14?
RAUB, PAHANG : Pergerakan Puteri UMNO berharap agar bilangan calon wanita yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan ditambah selari dengan senario politik semasa serta memenuhi aspirasi golongan pengundi muda.
Ketuanya, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin berkata semasa dalam ucapan perasmian beliau di Persidangan Puteri UMNO Bahagian Raub yang lepas berkata perkara itu telah disuarakan kepada presiden parti merangkap pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato Seri Najib Tun Razak dan ianya sedang dipertimbangkan.
Justeru, beliau berharap agar permohonan tersebut direalisasikan kerana pihak pembangkang turut mengambil pendekatan menampilkan calon wanita dengan sasaran 30 peratus calon pembangkang terdiri daripada kaum wanita.
"Kita suarakan permohonan ini untuk golongan wanita dan ia suara yang sama iaitu Wanita UMNO dan Puteri UMNO," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan 3 Sayap tunjang UMNO tersebut.
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, beliay meminta ahli parti supaya memberhentikan program 'syok sendiri' tetapi lebih kepada menganjurkan program mendekati pengundi ke arah PRU14. -BERNAMA