Puteri UMNO Guna Tiga Elemen Penting - Mas Ermieyati Samsudin


SHAH ALAM, 6 Sept (Bernama) -- Pergerakan Puteri UMNO bakal menggunakan tiga elemen, termasuk memperkasakan hak wanita dalam aspek kebajikan dan pendidikan bagi memikat pengundi wanita terutamanya golongan muda, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata elemen lain ialah menyediakan calon pilihan raya yang berwibawa dan menerapkan minat wanita muda dalam kempen mereka.

"Tiga elemen inilah yang menjadi fokus kita dan saya juga berharap isu memperkasakan hak wanita juga akan diselitkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Wacana: Kuasa Undi Wanita anjuran Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Katanya, jentera Puteri turut bersedia dan akan berganding bahu bersama-sama Wanita UMNO untuk turun padang dalam usaha menarik golongan wanita melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi.

Sumber : BERNAMA

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016