Tidak Boleh Bernikah di Tanah Suci - Mas Ermieyati Samsudin


KEMENTERIAN Pelancongan dan Kebudayaan dalam satu kenyataan melalui YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menterinya menasihatkan bahawa mana-mana jemaah Malaysia yang pergi menunaikan umrah supaya tidak melangsungkan pernikahan di Tanah Suci kerana ia menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang Arab Saudi.

Beliau berkata, mana-mana perkahwinan rakyat Malaysia di Arab Saudi adalah dilarang kerana ia melanggar undang-undang negara itu.
Tambah beliau lagi, isu ini telah menjadi trend ketika ini dan pihak kementerian bertanggungjawab memainkan peranan untuk memaklumkan kepada jemaah umrah mengenai perkara itu.


"Kita akan maklumkan kepada jemaah mengenai perkara ini. Saya sendiri tidak tahu pernikahan di Tanah Suci menyalahi peraturan di sana tetapi selepas dibentangkan wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), baru saya tahu.


"Oleh itu, saya berharap melalui pembentangan ini, ahli Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) dapat memainkan peranan sama untuk memaklumkan kepada jemaah atau rakyat Malaysia yang berniat atau merancang untuk bernikah di sana atau tambah lagi satu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MKSU Bil 4/201 semalam.
Katanya, maklumat yang diberikan JAKIM itu adalah sesuatu yang baik dan berharap dapat bekerjasama lebih erat dengan JAKIM bagi memberi maklumat semasa ke semasa kepada rakyat Malaysia.

Admin : Raysha


Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016