Kuota wanita 10 peratus tidak cukup - Mas Ermieyati Samsudin


SHAH ALAM - Kuasa wanita sama ada dalam parti politik mahupun kerajaan, perlu diperhalusi.

Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kini peranan wanita begitu penting dan kuota hanya 10 peratus, tidak mencukupi.

"Memang betul masih belum cukup hanya 10 peratus kuasa diberikan.

"Ia perlu diperhalusi dipertingkatkan. Buat masa ini, kita perlukan rundingan," katanya dalam Wacana Sinar Siri 49 Menjelang PRU14: Kuasa Undi Wanita di Dewan Karangkraf, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.


Beliau berkata, apa yang boleh dilakukan adalah rundingan.

"Kuota tidak boleh diberi begitu sahaja. Kerana itu, Puteri Umno sentiasa mempersoalkan diri dengan pelbagai strategi.

"Apabila bercakap soal pilihan wanita dan lelaki adalah pendidikan adalah yang dipandang tinggi selain dan 'track record' yang baik," katanya.

Beliau berkata, tidak hanya itu, Puteri dan Pemuda Umno turut mencadangkan ia dibuka kepada golongan muda.

"Menjelang PRU14, kami mahu 30 peratus calon datangnya daripada orang muda.

"Ini selari dengan pengundi hari ini adalah rata-ratanya adalah golongan belia," katanya.

Sumber : SInar Harian


Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016