PERADUAN SELFIE DAN WELFIE AIDILFITRI 2016 - Parlimen Majid Tanah



TEMA DAN SYARAT PENYERTAAN: 

1. Peraduan SELFIE dan WELFIE AIDILFITRI 2016 ini dianjurkan oleh pihak Parlimen Masjid Tanah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016.
2. Tiada bayaran penyertaan dikenakan.


3. Penyertaan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.
4. Tema pertandingan ini adalah "Balik Raya Masjid Tanah". Foto atau imej mestilah memiliki kriteria yang saling berkait rapat dengan suasana hari raya aidilfitri.
5. Pertandingan secara harian ini bermula dari tarikh 27 Julai sehingga 7 Julai 2016.
6. Bagi menyertai penyertaan, setiap peserta perlu mengikuti kriteria atau langkah-langkah berikut:

a) Ambil foto 'selfie' yang paling kreatif mengikut tema "Balik Raya Masjid Tanah" dengan menggunakan telefon bimbit.
b) Anda wajib menggunakan hashtag #BALIKKAMPUNGMASJIDTANAH & #AKUBUDAKMASJIDTANAH
c) Peserta hanya dibenarkan memuat naik sekeping foto atau imej yang terbaik sahaja di akaun instagram anda. Sila letakkan caption yang menarik dan santai pada foto atau imej berkenaan.
d) Sila jangan PRIVATE akaun anda.

8. Tarikh tutup peraduan Selfie dan Welfie Aidilfitri 2016 ialah pada jam 5 petang, 7 Julai 2016.
9. Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad. Pemenang juga dihubungi melalui Instagram anda.
10. Gambar yang dihantar adalah hak milik penganjur.

  HADIAH PERTANDINGAN:
Johan     : GoPro HERO4
Naib Johan      : SJ CAM WIFI PLUS
Ketiga   : External 1 TB

Tarikh pengumuman hadiah adalah pada 9 Julai 2016 bersempena dengan Majlis Sambutan Rumah Terbuka YB Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, dan merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah. 

Sekian Terima Kasih.


Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016