Program "JOM SERGAH" oleh Timbalan Menteri


Putrajaya 30 Jun 2016 :


Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin hari ini telah membuat kejutan apabila melawat kaki tangan  kementerian melalui program yang beliau namakan sebagai "Jom Sergah" yang berlangsung pada tengah hari tadi di ibu Pejabat Kementerian Putrajaya.

 Program "Jom Sergah" ini telah melibatkan sekurang-kurangnya 250 orang kaki tangan MOTAC .




 Timbalan Menteri telah menyampaikan  berbagai-bagai jenis biskut raya serta kad raya kepada kaki tangan  yang ada serta bersalam-salaman dengan mereka.


Beliau turut menjemput semua kaki tangan  ka Majlis Ramah Tamah Aidilfitri @ Rumah Terbuka Hari Raya di kediaman beliau sendiri di Masjid Tanah Melaka pada hari raya ke-4 . 

Beliau sempat berselfie dan bergambar untuk memenuhi permintaan kaki tangan kementerian,

Program ini memberikan peluang kepada YB Timbalan Menteri untuk mengenali kaki tangan mereka dengan lebih rapat lagi dan mengeratkan sailitul rahim .




.

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

Ulangtahun Ke-15 Tahun Pergerakan Puteri UMNO Malaysia