Budaya Bodek: Cerminan diri tiada kualiti

Jika seseorang individu itu sudah terbiasa membodek sedari sekolah lagi maka budaya itu akan terus berlarutan dan menjadi kebiasaan sehingga ke alam pekerjaan kelak. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada prestasi kerja seterusnya pencapaian diragukan.

Budaya bodek tidak menggambarkan profesionalisme malah boleh melahirkan individu yang tidak berintegriti, malas, suka mengambil kesempatan dan penyelewangan.

Tidak salah mahu menjaga atau mengambil hati bos atau orang atasan tetapi janganlah sampai membodek. Individu yang selalu membodek boleh dikategorikan sebagai individu yang tiada kualiti, kurang berilmu dan tidak bertanggungjawab. 

Individu yang suka membodek selalunya tidak memahami apa tugasan yang perlukan dilakukan. Kebanyakan mereka ini pasif dan hanya menunggu arahan bos atau orang atasan untuk kerja yang perlu dilakukan.

Pembodek selalunya hanya akan menghasilkan kerja yang sedikit tetapi apabila kerja mereka siap maka riuhlah sekampung seolah-olah mereka telah menghasilkan sesuatu yang hebat.

Pembodek selalunya berjaya dan berhasil serta akan cepat di beri penghargaan dan pengiktirafan. Tetapi kebanyakan daripada mereka tidak akan ke mana dan hanya akan berjaya pada tahap tertentu sahaja.

Lambat laun, ketidakcekapan mereka akan di bau dan di lihat oleh rakan sekerja atau orang atasan. Ia jelas dipamerkan melalui tutur kata dan perbuatan si pembodek. 

Tahukah anda selalunya si pembodek ini akan disukai oleh bos tetapi di benci oleh rakan sekerja? Bos atau orang atasan gemar akan si pembodek kerana hanya golongan pembodek sahaja yang akan cakap berbunga-bunga atau memuji-muji bos semata-mata untuk mendapatkan penghargaan.

Maka apabila keadaan ini berlaku, ia boleh membawa kepada keruntuhan sesebuah organisasi. Bos atau ketua juga memainkan peranan penting dalam mengenali perilaku pekerja-pekerjanya supaya boleh membentuk sebuah organisasi yang harmoni.

~Tamat~





Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016