Start In Tioman (SIT) 2016 menarik minat anak muda


Rompin, 21 Ogos - Program yang diadakan pada setiap tahun bermula pada tahun 2009, Start In Tioman (SIT) adalah satu program kerjasama bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kerajaan Negeri Pahang dan Villagers Travel & Tour Sdn Bhd. Tujuan utama SIT ini untuk mempromosikan kecantikan dan keindahan dasar laut di Pulau Tioman.




SIT yang ke7 berlangsung pada 18-21 August 2016 lalu berjaya mengumpul pelajar seluruh negeri. Seramai 100 orang peserta mengikuti Kelas ' Open Water Dive", "Advance Open Water ", "Rescue Course" dan snorkeling. Bayaran yang dikenakan adalah RM 1118.00 untuk ketiga-tiga kelas scuba dan RM 488.00 untuk snorkeling. Ianya termasuk dengan tambang feri, penginapan, makan dan minum, tshirt dan sijil sepanjang 4 Hari 3 Malam di Damai Resort Tioman, Kampung Genting.


 
Yb Datuk Mas Ermieyati merasmikan SIT 7 

Datuk Hajjah Mas Ermieyati Samsudin telah merasmikan SIT 7/2016 .  Turut hadir Pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang Datuk Idris Yahya dan Pengarah Tourism Malaysia Pahang Mohd Faharuddin Hatmin.  Selain itu, Timbalan Menteri juga mengetuai penyelam meletakkan plak perasmian "Jom Baca Lima Minit Di Dasar laut " sebagai kesinambungan kempem "Mari membaca 10 minit" yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Negara. 



 
Peserta SIT 7 meneruskan ujian menyelam ke dasar laut 


 
Pelajar sempat merakamkan pengalaman pertama di dasar laut 

 
Kenangan terindah bersama Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia dan Kebudayaan Malaysia













Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016