PESAWAT TERHEMPAS di United Kingdom

 

MO, 25/8/2016 – Pesawat terbesar di dunia yang bernilai £25 juta (RM133.67 juta terhempas semasa ujian penerbangan kedua di United Kingdom, mengakibatkan kerosakan pada bahagian kokpit.

Airlander 10 sepanjang 302 kaki (92 meter) rosak selepas ia melanggar tiang taligraf.
Insiden berlaku di pangkalannya di Cardington Airfield, Bedfordshire pada Rabu dimana pesawat tersebut terhempas ke tanah secara perlahan.
Kedua-dua juruterbang dan kru di lapangan selamat, dan pesawat dalam keadaan terkawal.
Airlander melalui pendaratan yang berat mengakibatkan bahagian dek hadapan pesawat mengalami kerosakan, dan ia sedang diperiksa.
Pesawat itu direka untuk penggunaan bahan api yang lebih sedikit berbanding pesawat, tetapi membawa muatan lebih berat berbanding kapal udara konvensional.-mstar 


Sumber:Merdeka Online

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016