PAS Sedia Berbincang Dengan Mana-Mana Parti KECUALI DAP & PAN




KOTA BHARU, Rabu – Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, partinya sedia membuka ruang perbincangan dengan mana-mana parti yang ingin bekerjasama dengannya kecuali DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Ini kerana, katanya, kedua-dua parti itu disifatkan sebagai pengkhianat kepada PAS.
“Pendirian ini jelas kerana DAP telah jelaskan sikapnya yang anti PAS dan terbaharu jawatankuasa pemudanya juga menyatakan kalau ingin berkawan dengan DAP jangan cakap pasal Islam.
“Mana boleh PAS sebagai parti Islam berbuat demikian takkan kita nak korbankan perjuangan parti kita. PAN pula sudah jelas adalah pengkhianat kepada parti (PAS). kalau (parti) yang lain boleh dibincangkan,” katanya selepas Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Ke-18 di Balai Islam, Lundang di sini, Selasa.
Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, tawaran perbincangan itu termasuk kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) yang dilaporkan sedang mengintai kerusi pembangkang untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini tiada sebarang rundingan rasmi diadakan antara PAS dan Pribumi berhubung perkara berkenaan.
“Lagi pun perkara ini perlu dibincang di peringkat parti. Kita kena rujuk kepada jawatankuasa PAS pusat,” katanya.
Sumber: Portal Islam & Melayu (24.08.2016)

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016