Dalam Kita Mencapai Wawasan 2020, Berhenti, Berfikir Sejenak, Adakah Kita Mampu?!

Sebelum kita bercakap mengenai WAWASAN 2020 atau singkatannya W2020, adalah lebih baik bagi kita mengetahui apa itu W2020.

WAWASAN 2020 (W2020)

W2020 telah diperkenalkan pada tahun 1991 dengan objektif untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dengan acuan tersendiri (Unit Perancang Ekonomi, 2013). Hal ini merangkumi bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, soisal, kerohanian, psikologi, dan perpaduan nasional dan sosial. Kesemua ini melibatkan persoalan keadialan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa dan sebagainya.

9 Matlamat Utama Wawasan 2020
Pertama
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara
Kedua
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain
Ketiga
Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun
Keempat
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi
Kelima
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara
Keenam
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan
Ketujuh
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh
Kelapan
pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum
Kesembilan
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Dilemma W2020
Tahun ini 2016, tinggal hanya beberapa tahun sahaja lagi kita akan menuju kepada tahun 2020. Ya, kurang daripada 4 tahun lagi. Pada tahun itu, negara Malaysia ‘sepatutnya’ menjadi negara yang subur membangun, maju atau setidak-tidaknya lebih baik daripada tahun sebelumnya. Itulah dalam imaginasi pencetus Wawasan 2020, Tun Dr. Mahathir.

Tapi...

Mampukah kita?
Apabila berkata mengenai W2020, kita melihat bukan hanya dari sudut ekonomi, iaitu kekayaan ekonomi tetapi kita juga meneliti mentaliti rakyat Malaysia. Mentaliti ‘kelas pertama’ adalah fundamental dalam mencapai wawasan ini, iaitu untuk melahirkan masyarakat yang ‘civic minded’.

Sungguh teratur dan panjang lebar setiap inci matlamat dan objektif W2020 diperincikan tetapi adakah rakyat Malaysia atau adakah ‘kita’ sudah berada di dalam fasa persediaan untuk mencapainya?!

Jika tanya kepada saya, saya melihat kita masih belum ke arah itu. Apabila saya berkata begitu, bukan saya bermaksud W2020 itu gagal tetapi yang gagal adalah kita ‘the Malaysian’. Lihat sahaja di sekeliling kita tandas-tandas awam masih kotor, sampah bertebaran merata-rata, masih ramai ‘tidak tahu’ cara untuk parking kereta dengan betul, memotong barisan, semangat assabiah yang menebal dan sebagainya. Lihat saja disekeliling anda.

Jika kita masih boleh mengejek, melempar kata-kata kesan kepada individu mahupun organisasi, jangan panggil diri kita ‘civilized’ kerana kita masih tidak pandai merasional dan melogikkan akal kita dalam kehidupan seharian kita.

Rata-rata kita mendengar dan membaca, malah saya sempat bertanya akan rakan sekerja yang kebetulan baru pulang dari London, UK mengenai perjalanannya. Cuba teka apa jawapannya? Cantik, maju, orangnya suka senyum dan suka menyapa. Tidak lokek pula tu. Pengangkutan memang tiptop dan bla bla bla.

Saya dapat rumuskan bahawa dia gembira di sana. Ya. Perjalanan saya mengembara hampir 15 buah negara di dunia memperlihatkan kebanyakan pelancong gembira apabila berada di negara maju seperti Jerman, UK, USA, Australia dan sebagainya.

Ironinya, ramai yang kurang mahu mengembara ke Tunisia, Mesir, Turki, Indonesia dan sebagainya. Di mana muslim gembira? Jangan tipu. Tanyalah kawan-kawan anda, tanyalah anak-anak anda dan paling mudah tanyalah diri sendiri. (Kalau ada yang nak ke negara yang baru saya cakapkan tadi, alhamdullilah anda mungkin ‘civil minded’ yang mungkin 30% bersedia berada di W2020).

Mengapa? Di negara-negara yang apabila anda gembira, suka, ketawa berada di dalamnya, adalah kerana ramai orang menyelasaikan masalah mereka dengan pemkiran rasional dan logik, bukan maxim atau kata lain membabi buta. Ada peraturan tetapi masih menyeleweng. Ada pemimpin yang baik, tetapi rakyat masih tidak tahu mengukur.

Islam adalah Agama Logik dan Rasional bukan Maxim
Jika di nilai kembali setiap perincian W2020 itu, semuanya mahu melahirkan masyarakat yang berilmu, matang, aman, demokrasi, bertolak ansur, bermoral, ber etika dan sebagainya. Ya Allah semuanya yang baik-baik yang dituntut oleh agama dan Al Quran.

Panduan kita adalah Quran. Dan W2020 itu secara keseluruhannya tidak bertentangan dengan mana-mana bahagian didalamnya. Islam itu ‘fleksibel’. Tetapi awas jangan ambil ringan dan sesuka hati.

Tanya pada diri, kita mahu jadi orang yang gembira atau sebaliknya? Pilihlah untuk menuju W2020 bukan masih bersikap seperti sekarang.

ADMIN
Rakan Puteri
05.09.2016

4.36pm

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016