Pilihan Raya Kampus 2016 Bertandang

Disebut sahaja Pilihan Raya Kampus atau lebih dikenali sebagai PRK, sudah pasti mahasiswa mahasiswi yang aktif semasa di pengajian Universiti berasa 'sensitif' dengan perkataan ini. Mana tidaknya, Pilihan Raya Kampus merupakan 'politik kampus' yang melibatkan hak-hak anak anak muda itu.



Sememangnya perkataan 'Politik' ini merupakan perkataan yang paling panas sejak dari dulu sehinggalah kini. Politik bukan hanya ada pada Politik Negara, ianya ada di mana mana sahaja, tidak kira di rumah mahupun juga di tempat kerja, termasuklah juga dalam persahabatan pasti wujudnya politik. 

Apa kaitan di antara Politik dengan Pilihan Raya Kampus? Ianya berkaitan sama sekali, Pilihan Raya Kampus merupakan nama lain untuk Politik Kampus. Kini, PRK telah kembali 'bertandang' semenjak selesainya sudah tugas tugas Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sidang 2015/2016 baru-baru ini. Ianya melibatkan seluruh Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam dari seluruh pelosok Malaysia termasuk IPTA di Sabah Sarawak iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Di negara kita pula ada 20 IPTA kesemuanya iaitu:

  1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  2. Universiti Malaya (UM)
  3. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  7. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  8. Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)
  9. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  11. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  12. Universiti Sains Malaysia (USM)
  13. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  14. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. Universiti Sultan Zainal Abiddin (UniSZA)
  17. Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM)
  18. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  19. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  20. Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Sekiranya Politik Negara, sesebuah badan Politik itu dikenali sebagai Parti Politik manakala di tahap Universiti pula dikenali sebagai Pihak Politik. Pada dalam PRK ini, terdapat beberapa Pihak yang akan menghantar calon calon mereka untuk bertanding iaitu Pihak Pro Aspirasi, Pihak Pro Mahasiswa dan Pihak Bebas. 

Setiap Pihak akan menghantar calon calon berdasarkan fakulti-fakulti yang ada di Universiti tersebut dan kebiasaannya setiap Pihak akan menghantar sekurang-kurangnya 2 orang calon. Calon-calon ini akan bertanding sesama sendiri untuk mendapatkan kerusi sebagai MPP Universiti. Malah, setiap Pihak juga akan menghantar lebih dari 2 orang calon Umum untuk meraih kerusi MPP.

Pro Aspirasi, Pro Mahasiswa dan Pihak Bebas akan melalui beberapa proses untuk sepanjang PRK ini. Mencari calon yang sesuai sampailah menunggu keputusan kemenangan. Pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan memberi calon calon dan jentera jentera ini masa yang cukup untuk berkempen, bermanifesto sekaligus rapat umum yang kebiasaannya dilakukan pada malam hari.

Pelbagai kaedah berkempen yang dilakukakan oleh jentera jentera setiap pihak bagi memastikan calon calon mereka menjadi pilihan mahasiswa mahasiswi di Universiti mereka. Sudah mencari lazimnya setiap Universiti mempunyai kisah dan isu masing masing yang pastinya berbeza. Kadang-kadang menggerunkan dan kadang-kadang mencuitkan hati juga.

Jadi, pesanan daripada Admin RP, kepada kesemua calon calon tidak kira dari mana mana pihak, semoga anda bertanding dengan adil dan saksama, betulkan niat untuk menjadi pemimpin dan memimpin beribu ribu mahasiswa mahasiswi. Kepada jentera-jentera pula, berkempenlah dengan berhati hati dan selamat berjuang.

p/s: Admin rindu zaman Pilihan Raya Kampus di Universiti admin dulu.

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016