BR1M Tidak Di awalkan - LHDN



Baru-baru ini kecoh apabila tersebarnya maklumat di laman sosial yang memaparkan tentang pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diawalkan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Poster viral itu tertulis 'Pemberian BR1M akan diawalkan pada bulan 9 sempena Hari Raya Aidil Adha (korban'. Tambah lagi, turut dinyatakan BR1M akan mula dimasukkan ke dalam akaun penerima BR1M pada tanggal 05.09.2016. Penerima baucer, boleh rujuk ke Jabatan Hasil yang berdekatan'. 

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan menafikan viral tersebut dan menyatakan ia adalah PALSU. LHDN berkata "adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan mendukacitakan apabila ia disebarkan di media sosial. LHDN kesal dengan penyebaran kenyataan palsu ini dan menasihatkan ia dihentikan segera,"

Sebarang semakan atau maklumat lanjut BR1M, boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.

TUTUP KES
sumber: SH Online | 04.09.2016

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016