SATU KUMPULAN DARAH BARU DI TEMUI!!!


India, 03.09.2016 - Satu kumpulan darah baru telah ditemui di India oleh seorang doktor dari Gujarat dan sampel darah itu telah disahkan dengan World Health Organization (WHO).

Kumpulan darah manusia sememangnya dikategorikan kepada 4 iaitu A, B, O, AB. Penemuan kategori darah baru ini telah menimbulkan pertanyaan dan kejutan kepada doktor yang telah menemuinya.

Kumpulan darah yang di jumpai oleh doktor dari Gujarat itu yang diambil dari makmal adalah diklasifikasikan sebagai unik. Jenis darah itu tidak boleh di klasifikasikan ke dalam kumpulan darah yang sedia ada samada A, B, O atau AB. 

Jenis darah itu telah di klasifikasikan sebagai INRA. IN yang di ambil daripada singkatan nama negara INDIA manakala RA adalah nama singkatan doktor yang telah menemuinya. Melalui satu laporan oleh Dainik Bhaskar, jenis darah itu juga telah di sahkan oleh WHO.

Jenis darah pada mulanya diuji di makmal Surat's Lok Samparn Raktdan di Gujarat oleh trio doktor Dr Sanmukh Joshi, Dr Kinjal Mendpara dan Dr Ankit Sheldiya. Keputusan ujian itu ternyata mengejutkan trio itu dan sampel darah tersebut telah dibawa ke makmal WHO dan disahkan.

Ia penting untuk di kaji samada jenis darah ini boleh menderma atau menerima darah dari kumpulan darah yang lain. 

Sumber: India.com

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016