Kenali Hari Deepavali di Malaysia

Di Malaysia, terkenal dengan pelbagai agama, budaya dan bangsa. Hal ini telah menyebabkan negara kita mempunyai beribu macam perayaan yang disambut oleh semua rakyat Malaysia. Baru baru ini, rakyat Malaysia ada menyambut satu perayaan kaum India yang dikenali sebagai Deepavali.

Perayaan ini sememangnya disambut oleh kaum India tetapi menjadi keistimewaan di Malaysia, perayaan ini disambut oleh segenap kaum yang ada. Malah, bukan hanya perayaan ini, tetapi juga perayaan perayaan yang lain seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina. 

Untuk menghormati setiap perayaan, kesemua perayaan akan diberi pengecualian yang sememangnya dinantikan oleh setiap rakyat di Malaysia iaitu Cuti Peristiwa. Tetapi pada tahun ini, Hari Deepavali jatuh pada hari sabtu, maka tiada cuti peristiwa yang dilanjutkan kecuali cuti sekolah yang dilanjutkan sampai seminggu.

Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'DIPA' yang bererti cahaya dan perkataan 'GAVALI' yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil iaitu kebiasaannya antara bulan Oktober dan November yang juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Tanda pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebaga perayaan Deepavali.

Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.

Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.

Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan permulaan yang abru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan 'kolam', hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hisana 'kolam' atau juga dikenali sebagai 'Rangoli' ini bukan sekadar hiasan sahaja, tetapi memiliki maksud sosial, kerohanian dan simbolik padanya. Ia merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan 'kolam' di pintu masuk rumah mereka.

Melakar 'kolam' merupakan cara bagi wanita Tamil bagi berdoa pada Lakshmi, dewi kekayaan, kecantikan dan tuah dan merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu.

Di sini, kami Rakan Puteri ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua sahabat yang menyambutnya.

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016