Matangkah Politik Anda?
Tidak dinafikan, politik dengan masyarakat tidak boleh berpisah. Di rumah, di pejabat, di kedai makan, malah di tandas pun ada 'politik'nya sendiri. Dari remaja sehingga yang berusia, masing masing dengan celoteh politik masing masing. Dan tidak mengejutkan jika anak kecil pun sudah kenal apa itu politik pada masa kini. Tetapi yang membezakannya adalah jauh mana kita berpolitik. Matangkah politik yang kita 'agung'kan ini? Atau kebudak-budakankah politik yang kita 'jual' ini?
Cuba kita menapak di laman muka buku dan curi masa sejenak untuk memantau aktiviti seharian sahabat sahabat muka buku kita. Tidak lain tidak bukan, sekurang-kurangnya 50 peratus laman dipenuhi dengan berbincang mengenai politik semasa. Paling tidak, mengajuk kata kata pemimpin mahupun memetik 'nama gelaran' pemimpin pemimpin mana mana parti yang ada.
Dari isu dalaman politik mahupun isu luar politik, semua pihak yang aktif di laman muka buku boleh dijejaki dengan sekelip mata. Malah, dengan mudah pihak pihak ini menyebarkan isu isu ini dengan pantas dan jayanya. Tidak kira isu sensitifkah, positifkah, negatifkah, pasti sudah 'berjaya' disebarkan.
Macam mana? Ada pihak yang hanya menggunakan kata kata sahaja, di sini lah kita menilai bijak mana mereka ini berkata kata, matangkah atau 'cacat'kah? Ada juga pihak yang hanya menggunakan gambar gambar pihak yang diserang. Contahnya Pro-Pembangkang akan 'troll'kan gambar DS Najib. Yang paling lawaknya, gambar isteri beliau, Datin Rosmah juga turut dinaikkan di dalam laman mereka. Ada juga pihak yang hanya menggunakan grafik grafik untuk menyelaraskan pelbagai isu ataupun berita berita, agar mudah dan padat untuk difahami. Malah ada juga pihak yang menggunakan puisi puisi untuk saling mengata sesama sendiri, kononnya puitis. (terpulanglah kepada anda yang mana satu anda).
Tetapi, jauh manakah kematangan kita dalam berpolitik. Ada pihak yang menjurus kepada keagamaan, tetapi dengan mudahnya meng'kafir'kan pihak lain yang tidak menyokong ke arah mereka. Ada pihak yang menjurus kepada pembelotan, menghasut anak anak muda membenci pemimpin sendiri. Ada pihak yang sah sah tidak membantu nasib agama islam dan melayu, tetapi pihak itulah yang anak melayu itu puja puja. Ada pihak yang mengganggu keamanan dan pembelajaran adik adik pelajar universiti sehinggakan adik adik itu hanyut meninggalkan kemanisan zaman belajar. Berfikir sejenak, MATANGKAH POLITIK ANDA?