Bocor Rahsia Kerajaan. Muhyiddin Dihubungi Polis

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau dihubungi pihak polis bagi memberi keterangan berkenaan dakwaan mendedahkan rahsia kerajaan di Dewan Rakyat.

Muhyiddin sahkan dihubungi polis berhubung dakwaan bocor rahsia kerajaan
Tiga individu yang didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Bagaimanapun Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata masih belum ada tarikh  yang ditetapkan untuk beliau memberi keterangan.

"Polis ada panggil, jadual mungkin belum tetapkan lagi... lepas dirunding mereka kata mungkin minggu hadapan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Perlimen.

Muhyiddin, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekal Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat baru baru ini.

Beliau difahamkan keterangan akan diambil polis di ibu pejabat Polis Bukit Aman, katanya.

Semalam, Ahmad Husni yang tampil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung isu sama memaklumkan sesi merekod keterangan itu ditangguh ke minggu hadapan.-BERNAMA

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016